Kamera CCTV berjaya merakamkan aksi seorang Ahli Parlimen Bolivia merogol seorang wanita di dalam Bilik Persidangan, Parlimen pada 20 Disember 2012. Semua orang yang mengetahui kejadian itu dikatakan cuba menyembunyikan kejadian tersebut.
Namun, klip yang memaparkan aksi jenayah itu terbocor di internet baru-baru ini. Sebagai akibatnya, Domingo Alcibia Rivera bersama-sama dengan orang yang cuba menyembunyikan kejadian itu telah dipecat. Walau bagaimanapun, pendakwa raya juga sedang memburu laman web yang menyiarkan video tersebut.
Menurut blog Jezebel, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat mabuk dalam satu majlis di bangunan itu dibawa ke bilik tersebut oleh beberapa orang yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Mereka meletakkan mangsa di sebuah kerusi.
Tidak lama selepas itu, Rivera masuk ke bilik itu, manakala yang lain meninggalkan bilik tersebut. Selepas lampu dipadamkan, Rivera, ahli parti pemerintah Movement for Sosialism itu membaringkan wanita itu di lantai lalu mengadakan hubungan seks dengannya. Ketika sedang asyik merogol mangsa, lampu tiba-tiba terbuka, menyebabkan Rivera menghentikan perbuatannya dan dilihat berbual dengan seorang lelaki yang masuk ke bilik itu.
Apabila lampu dipadamkan semula, Rivera membetulkan seluarnya dan mengangkat mangsa lalu meletakkannya di atas kerusi. Dia duduk di sebelah mangsa dan memegangnya kira-kira lima minit sehingga lampu dihidupkan semula. Beberapa orang dilihat memasuki bilik itu dan Rivera meninggalkan bilik tersebut.
Identiti mangsa rogol itu dirahsiakan oleh pihak berkuasa dan dikhabarkan wanita itu telah dipindahkan ke bahagian lain. Menurut La Razon, Ketua Peguam Bolivia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan laman web yang menyiarkan video dan jenayah tersebut. - DCM/Jezebel/Agencies
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.