`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 14, 2013

621 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KG CENDERAMATA TERIMA BANTUAN

SERAH BANTUAN......Wong bersama beberapa pemimpin kanan DAP telah menghulurkan bantuan kepada 621 mangsa kebakaran Kg Cenderamata berupa makanan, peralatan dapur dan pakaian
Demi membantu mangsa-mangsa tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Cenderamata Batu Sapi pada hari lebaran pertama yang melibatkan 93 buah rumah dan membabitkan 621 keluarga yang menjadi mangsa keadaan, mereka tidak dipinggirkan untuk mendapat pelbagai bantuan daripada para pemimpin parti pembangkang khususnya DAP.

“Walaupun tragedi kebakaran berlaku di Kampung Cenderamata bukan di kawasan Parlimen Sandakan tetapi sebagai insan kita harus simpati terhadap insiden tersebut yang telah menimpa seramai 621 orangyang hanya tinggal sehelai sepinggang harus mendapat bantuan," kata Stephen Wong.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Stephen Wong yang membuat lawatan bersama rombongannya terdiri daripada 3 orang mantan calon PRU 13 antaranya calon DUN Elopura George Hiew , Frankie Poon DUN Tg Papat dan DUN Karamunting Calvin Chong untuk mangsa-mangsa berkenaan petang kelmarin sambil menghulurkan bantuan makanan seperti beras, air mineral, pakaian, tilam, bantal dan kanvas sebagai bantuan pemelegaan sementara.
Memandangkan kanvas yang dibekalkan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi, maka Wong merayu kepada pihak MPS supaya menambah lagi bilangan untuk menempatkan mangsa-mangsa tersebut.
Kata Wong lagi ini adalah kali ketiga pihaknya memberi bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaanselama tiga hari berturut-turut.
Sementara seorang mangsa yang dikenali Edy Sumardi yang diwawancara oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net, beliau dan bagi pihak 621 mangsa mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pihak DAP kerana masih sudi menhulur bantuan walaupun Kampung tersebut bukan kawasan mereka.
“Inilah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat walaupun seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang (DAP) tetapi masih ada ruang mendekati rakyat yang berdepan masalah sambil menghulurkan pelbagai bantuan untuk mangsa-mangsa kebakaran tersebut,” kata Edy kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa di wawancara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.