`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 31, 2013

SEDCO MERANCANG PASARAN PRODUK TEMPATAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA-NASIR SAKARAN

SUMBANGAN RAYA...Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Musa Aman(dua kiri) diringi Daro Sri Nasir (tiga kanan) dan Maisuri Besri(kanan) menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim sempena majlis sambutan hari raya anjuran SEDCO di Wisma Wanita Jalan Tuaran.


KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan syarikat-syarikat kumpulannya  sedang merangka  bersama menjayakan potensi produk –produk keluaran tempatan untuk dimakmurkan serta  diangkat sebagai  industri desa ke peringkat antarabangsa,kata Pengerusi  SEDCO,Dato Sri Nasir Tun Sakaran.




Sehubungan itu  katanya,sudah tiba masanya SEDCO perlu membuat anjakan modus operandi yang bersesuaian dengan terus menggandakan usaha menyemarakkan potensi seperti  itu.
Nasir  berkata, gerakan membangun ekonomi  itu tidak  hanya semata-mata menekankan perubahaan yang drastik, seperti mengubah wajah luar bandar menjadi bandar. Sebaliknya mengisi atau menukar ruang yang luas di kawasan luar bandar menjadi peluang yang boleh dikongsi sama rata dengan masyarakat di sesuatu tempat itu.

Beliau menambah,SEDCO  mampu menyemarakkan sama usaha meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar menerusi program kerajaan 'Satu Daerah, Satu Produk.'

Nasir berkata demikian ketika ditemui sempena majlis ruma terbuka hari raya SEDCO di Wisma Wanita Jalan Tuaran di sini.
Majlis hari raya itu dihadiri sama Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Musa Aman selaku tetamu kehormat.
Hadirsama sempena majlis itu isteri Nasir,Datin Sri Hajah Rukiah Haji Badar; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri,Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif; Adun Gum-Gum,Datuk Zakaria Edris;Adun Silam,Datuk Nilwan Kabang; Pengarah Jheains,Datuk Haji Amri Aliaman Suratman;Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah,Datuk Hj.Hashim Paijan;Pengurus Besar Kumpulan SEDCO,Maisuri Besri dan Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd.,Datuk Hj.Awang Sham Hj.Amit serta kakitangan SEDCO.
Dato Sri Nasir yang juga wakil rakyat Senallang berkata, penambahbaikan program yang menjurus kepada pembangunan ekonomi dan usahawan bumiputera juga akan terus dipertingkat dengan mengambil kira program yang dianjurkan agensi-agensi kerajaan disamping meneroka dan menambah pelaburan baru yang berpotensi untuk memacu ekonomi negeri Sabah.
“Langkah ini adalah sebagai sokongan dan membantu program pembangunan yang dilaksana agensi-agensi kerajaan untuk sama-sama menjayakan misi dan visi kerajaan bagi membangunkan masyarakat di luar bandar,” kata Nasir. 

Sehubungan itu,Nasir menjelaskan SEDCO sedang berusaha  dan merancang bekerjasama dengan petronas  dalam  Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas  bagi membina perumahan  untuk kemudahan pekerja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.