Dan pelukis tersebut dikatakan telah ditahan oleh PDRM ** untuk menyoal-siasat berhubung dengan perkara yang dikatakan telah menghina Islam.
Rujuk sini : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lelaki-ditahan-kerana-lukisan-hina-islam
Lukisan yang dimaksudkan ada kat bawah neh hah ;
Lukisan yang disebarkan oleh mereka2 yang beranggapan dia hina Islam pula ;
Mereka2 yang tengok lukisan tersebut beranggapan bahawa ;
1. I for Idiot tue merujuk kepada I for Islam.
2. Then bismillah yang terbalik di anggap menghina islam
3. Bendera malaysia mereka anggap bahawa pelukis anggap ia sebagai lanun.
Kesemua di atas ialah anggapan/persepsi beberapa pihak yang merasakan bahawa pelukis tersebut telah menghina Islam setelah melihat lukisan oleh pelukis tersebut.
Betul ke?
I for Islam takde. I for Idiot je ada. Kalimah Allah yang terbalik [ cermin version ] tak cukup kuat untuk anggap dia hina Islam. Dan err apa bukti bendera tue bendera Malaysia? Boleh jadi ia bendera Amerika juga, kan? Bila orang Malaysia pun terkeliru antara bendera Malaysia dengan bendera Amerika, alangkah malunya kita.
Hehe.
Dan kat bawah neh pula penjelasan oleh pelukis yang melukis lukisan tersebut. Korang boleh terima dan boleh taknak terima. Juga boleh bersetuju dan tidak mahu bersetuju. Aku pun tak sure dia bercakap betul atau tidak dalam hal tersebut tapi siyes, aku tengok lukisan neh betul2 tadi, aku tak nampak tang mana hina Islam kat dalam lukisan tersebut. Bila baca keterangan2 yang depa tulis tue lagi la aku rasa cam tak betul jek. Pasal aku tak nampak pun dia tulis I for Islam, melainkan I for idiot jek. Sejak bila pula Idiot = Islam mewakili frasa dan maksud yang sama?
So aku bengong sikit memikirkan isu neh. Aku tak berada di mana2 side pun. Cuma adalah amat molek untuk kita menilai semua perkara sebelum melakukan analisis akhir. Baca la penjelasan oleh dia pula. BTW, aku simpulkan lukisan tersebut tak nampak pun macam hina Islam sebelum aku membaca penjelasan dia. Then lepas baca penjelasan dia, lagi la aku rasa cam telahan aku betul jek.
ARTIST STATEMENT
The work I is for Idiot is a reference to the beginning of the US war in Iraq and the terrible effect on the Iraqi people since then. There are four elements in the work .
The word Idiot refers to the American President George W Bush, the leader of the free world who is famous for not being very clever. He is shown here in the famous `mission accomplished’ photo when he landed on the USS Abraham Lincoln in 2003. The flag is the American flag with skull and cross-bones as a symbol for their Imperialist foreign policy aimed at benefitting American national and corporate interests in the Bush years.
The monkey in the fighter pilot’s helmet is a representation of American military might and its brutal action in the bombing of Baghdad during the Bush presidency. Lastly the use of the verse from the Quran - In the name of God, The Compassionate and Merciful is used here with respect in reverse representing the identity of the Iraqi people, victims of their own leaders as well as foreign powers as well as the oil lobby. It is in reverse because the state of the world was so upside down during that time.
There is no malicious intent intended on the part of myself to be disrespectful of Islam or Muslims or to create any racial tensions. In fact it is the opposite – it is my artistic expression of Solidarity with the suffering of the Iraqi people due to the war.
Maksud ;
1. Lukisan tersebut menceritakan tentang peperangan yang berlaku di Iraq dan kesan2nya.
2. Idiot merujuk kepada Presiden USA ketika itu. Ada perkataan Mission Accomplished di balik lukisan tue kalau korang perasan, dia warna putih.
3. Bendera tue pula merujuk kepada bendera USA. Nampak ada 4 bintang tue? Bendera USA kan berbintang2 kat situ. Malunya. Orang Malaysia pun terkeliru dengan bendera sendiri. Padan la ada orang beria2 nak tukar bendera negara kita. Hehe
4. Monyet merujuk kepada tentera USA dan tindakan tidak perikemanusiaan mereka terhadap Baghdad. Nampak tak monyet tue pakai topi? Cuba tengok betul2 apa maksud topi dan kenapa monyet tue berbasikal. Takan gabungan monyet bertopi + pakai baju + berbasikal = hina Islam kot?
4. Kalimah terbalik. Mereka kata ia menghina Islam sebab ia terbalik. Merujuk kepada pelukis ia merujuk kepada umat islam di Iraq ketika itu yang kucar kacir akibat terhimpit dengan kekejaman dan penganiayaan semua pihak, baik orang luar mahupun pemimpin sendiri. Rakyat Iraq penganut muslim, maka bahasa arab digunakan.
Kesimpulannya lukisan tersebut adalah untuk memberikan tanda solidariti kepada rakyat2 Iraq yang teraniaya ketika itu, bukan nya nak menghina Islam. Itulah maksud yang pelukis ingin sampaikan.
Ikut suka korang le nak percaya ataupun sebaliknya. Aku tak kata penjelasan dia semestinya betul oke. Kalau betul kita kena terima, kalau tak betul, kita ketuk la dia balik sebab sentuh isu sensitif. Apa pun ketika aku check berita pasal neh, kat TMI dan juga kat The Malay Online, aik, tetiba dah takde. Aku nak check sebab nak letak link kat ayat aku kat atas tue. Tadi aku siap2 ayat jek dulu. Link letak kemudian. Sekarang berita pasal neh dah takde.
Pelik tak?
Memang pelik. Aku syak. Ini syak je la. Berita2 tersebut dicabut keluar disebabkan pelukis tersebut setelah disiasat oleh polis, mereka dapati dia tak hina Islam. Kalau betul dia tak hina Islam, yang melebih2 neh tatau la aku nak cakap apa. Sebagai umat Islam, aku dah lama faham ketakutan orang2 non muslim kat negara neh. Sebab aku pun sama takutnya macam mereka. Ektremis gila dan yang paling teruk, ia dibuat secara membuta tuli.
Haizh.
** Berita ini perlukan kepastian lanjut memandangkan link berkaitan nya telah dibuang dari laman berita, harap maklum.
- amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.