`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 31, 2013

Dalam Seminggu yang Lalu


Ianya tidak mendatangkan kerugian apa2. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan UMNO enggan, janganlah puak Anwar Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.

UMNO akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan UMNO sampai ia kalah. Apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang UMNO jalankan menyusahkan orang Melayu. 75% dari penduduk Melayu akan mendiami bandar2 dan separuh Bandar.hampir 10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30% Melayu kaya menguasai 70% kekayaan orang Melayu. Jadi mana untung nya orang Melayu berada bawah pemerintahan UMNO? Budak2 UMNO yang diupah oleh penasihat Najib untuk ptui sana ptui sini dalam blog ini- kita sengaja membenarkan komen mereka disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib.Kualiti ludahan dan kahak.

Masa depan UMNO semakin muram kerana punca sokongan nya akan berkurangan. Perpindahan rakyat kebandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan UMNO itu sebagai punca segala nya. It’s a matter of time.  UMNO hanya hidup selagi orang Melayu mengucap solat ku, ibadah ku, hidupku dan matiku adalah kerana UMNO.

Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan nya bukan untuk suka2 apatah lagi menghiburkan hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim membuat kenyataan tersebut tentulah sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah2 mereka sudah buat deal. Najib pun mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing2. Najib boleh tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh buntot Anwar pun mahu mereka cium.

Ramai orang lupa bahawa Najib dan UMNO digunting dari kain yang sama.
Mana kita tahu ini semua bukan mainan politik Najib? Najib tahu Mahathir dan geng2 nya menyerang Najib dan akhirnya akan menyingkir Najib. Jadi, penyelesaian nya ialah membawa masuk Anwar dengan beberapa terma perdamaian untuk menghabiskan Mahathir dan pengikut Mahathir.

Masaalah dengan Najib dan Anwar ialah kedua dua merasakan mereka lebih bijak dari yang lagi satu dan kedua dua merasakan mrereka boleh outwit satu sama lain. Hanya pak pandir sahaja yang bergegas masuk ketempat yan malaikat pun takut pergi.

KJ mesti lah faham maksud apabila Hishamudin berkata bahawa hanya Najib yang berhak bercakap mengenai tawaran Anwar tersebut. Najib belum berkata apa2, KJ sudah meluru kehadapan.

Apa kata jika langkah pertama Anwar ini adalah suatu rancangan to cut off Mahathir? Perdamaian antara Najib dan Anwar merupakan solution yang muktamad untuk menyingkirkan the Mahathir problem? Dan perdamaian Anwar dengan Najib menutup lubang mana2 pihak menuntut kedudukan presiden UMNO dan PM? Jika orang lain jadi presiden UMNO, masa depan kedua dua Najib dan Anwar akan kelam.

Itu mukaddimah sahaja mengeni intrigue politik dalam istana UMNO. Kita tinggalkan cerita itu dan mari lihat isiu yang lebih besar untuk orang Melayu. Kita biarkan budak Najib dan Anwar ini bemain apa yang mereka mahu main.

Merdeka bukanlah UMNO yang memberi maksudnya.

Semua cakap2 mengenai ancaman kepada kepentingan Melayu ini adalah drama UMNO. Bagaimana kepentingan orang Melayu tergugat kecuali orang Melayu membiarkan nya? Dan oleh kerana UMNO menguasai kerajaan dan pentadbiran, bagaimana kepentingan Melayu tergugat kecuali UMNO yang membiarkan ianya jadi tergugat?

Beberapa hari yang lalu, saya mendengar seorang bekas general angkatan tentera kita berkhutbah mengenai erti kedaulatan negara. Kita mesti jaga kedaulatan negara kita dari ancaman orang lain kata nya. Orang lain itu siapa? Inilah syarahan yang jenis nya meluatkan para pendengar. Loya tekak kita.

Penceroboh Sulu masuk kedalam negara kita, kita tidak bertegas menangani pencerobohan itu. Kita berdolak dalik dengan alasan kita menyukai cara diplomatic dan kerana penceroboh beragama Islam. Adakah kita lupa bahawa jutaan umat Islam bunuh membunuh atas nama Islam? Maka alasan yang Hishamudin dan kerajaan beri adalah  alasan yang terlalu dangkal. Sikap kita semestinya sesiapa menceroboh negara kita, tidak kira agama dan bangsa, kita usir dengan ketenteraan. Kelembapan pimpinan kerajaan menyebabkan ramai perwira negara kita terkorban. Darah perwira yang gugur melumuri tangan pimpinan negara yang lembik dan lembab.

Buatlah banyak mana drama dan pantomime atas padang, ianya tidak akan membenamkan fakta bahawa kerajaan kita incompetent dalam menangani pencerobohan bangsa Sulu.

Tapi lebih dari itu, kedaulatan negara ini mesti kita pelihara dari penganiayaan pemerintah. Pemerintah yang menggadai maruah negara ini dengan memberi kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah tanpa mengira kualiti pendatang asing membeloti kedaulatan negara kita. Pegawai imigresyen yang menjalankan sindiket membenarkan rakyat asing masuk kedalam negara ini , belot kepada kedaulatan negara. Apatah lagi yang menjual kad pengenalan, mereka pembelot kedaulatan negara kita.

Jika kita benar2 mahukan pendaulatan negara kita dan memuliakan kemerdekaan yang kita capai, kita mesti hapuskan perkara2 ini. Jangan berkhutbah kepada kita mengenai konsep kedaulatan negara jika tangan kita berlumuran dengan pembelotan2.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.