`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 31, 2013

Sebab Cina, Portugis tawan Melaka, British masuk campur Perak


Portugis dengan senapang dan bedil mereka tidak boleh jajah Malaysia tanpa ada pembelotan. Saudagar Cina di Melaka sebenarnya telah membelot dan membawa masuk Portugis. Baca Papa Gegesini dan Angin Perubahan sini.

Baca juga kisah pembelotan di posting WZWH bulan November 2012 sini.

Jika tidak, taklah kita dijajah Portugis.

AIDC pula menceritakan bahawa kalau tidak pasal kongsi gelap Cina gaduh sesama sendiri, Inggeris tidak pula masuk campur tangan dalam kerajaan Melayu Perak yang menjadi pemula campurtangan dalam lain-lain negeri.

Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap dengan anggaran mempunyai seramai 40,313 ahli di seluruh negara, ramai di antara kita yang tertanya-tanya dan menunggu-menunggu apakah tindakan kementerian berkenaan selanjutnya.

Jika senarai nama sudah ada panjang berjela, sudah tentu ahli-ahlinya yang terlibat dengan jenayah berat dan kekerasan juga sedikit sebanyak telah dikenal pasti.

Dan melihat kepada peningkatan kejadian jenayah-jenayah berat sejak beberapa bulan ini, sudah tentu ini adalah masa yang paling sesuai dan dituntut untuk melakukan pembersihan terhadap semua pertubuhan haram ini. Jika tidak, mahu tunggu bila lagi?

Pertamanya, kita mahu keselamatan setiap nyawa di negara ini terjamin di mana saja mereka berada dan mahu penjenayah-penjenayah yang seolah-olah sedang ‘berpesta’ dengan senjata api ini ditangkap dan menerima hukumannya.

Malaysia yang kecil ini, bukan negara koboi yang tidak mempunyai undang-undang yang membuatkan mereka kebal atau kalis undang-undang walaupun menganggotai kumpulan yang paling ganas sekali pun di negara ini.

Dan keduanya, kita tidak mahu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dianggotai penjenayah-penjenayah yang dikategorikan polis sebagai paling ganas dan berbahaya ini terus berakar umbi dalam negara ini sampai beratus-ratus tahun akan datang dan memberikan ancaman yang amat besar kepada negara.

Sememangnya, kegiatan kongsi gelap di negara ini sudah wujud sejak negara kita belum merdeka lagi. Kita tidak sepatutnya melupakan sejarah bagaimana pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin satu ketika dulu kerana berebut kawasan telah mencetuskan Perang Larut, di Perak dan menyebabkan pihak British campur tangan.


Baca AIDC sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.