`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 30, 2013

PANAS! Pensyarah Kisdar disyaki merogol!


IPOH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mendakwa, terdapat pelbagai kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, pentadbiran kolej dibawah urus tadbir kerajaan negeri itu seolah-olah bersifat kroni.

Adun Changkat Jering itu berkata, beliau meragui akan pemilihan kakitangan dan pensyarah yang dilihat tidak mengikut pekeliling perkhidmatan awam.

Menurutnya, pelbagai pihak musykil tentang kenaikan pangkat empat orang pegawai tadbir gred N41 telah dinaikkan pangkat N44 secara mengejut dan tergesa-gesa dalam jangka masa pendek.

Proses kenaikan pangkat tersebut juga katanya mempunyai kesalahan antaranya tiada ujian kelayakan ataupun penilaian kompitesi kenaikan pangkat dan dilakukan secara eksklusif, berkelompok dan menafikan hak pegawai-pegawai lain yang jauh lebih senior serta tiada polisi kenaikan pangkat.

"Kami melihat berlaku keadaan tidak telus dalam perkara ini, pengambilan juga tidak berdasarkan kepada merit dan kelayakan tetapi lebih berunsur kroni.

"Pengambilan itu juga tidak berdasarkan keperluan penjawatan dan permintaan suatu jabatan pengajian ataupun fakulti," katanya ketika berucap dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Tambahnya, oleh kerana pengambilan secara rambang ini, terdapat kakitangan kolej yang tidak berkelayakan, tidak berkualiti dan tidak berakhlak sehingga berlaku kes-kes yang tidak diingini.

Pelbagai masalah dan salah laku kakitangan telah berlaku dalam kolej tersebut antaranya kes dadah, minuman keras, mencuri minyak, LGBT, pondan, dan yang terbaru ialah kes rogol.

Nizar menyatakan, seorang pensyarah telah disyaki merogol seorang pelajar pada awal Ramadhan lalu dan kini sedang dalam siasatan polis.

"Kejadian ini bukanlah pertama kali, saya difahamkan sebanyak empat kes berlaku membabitkan pensyarah yang sama namun sehingga hari ini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak kolej terhadap pensyarah tersebut," jelasnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa agar pihak kolej dapat mengambil tindakan terhadap pensyarah tersebut kerana ianya telah menjejaskan nama baik kolej yang berteraskan Islam itu.

Tegasnya, beliau hairan bagaimana individu yang bermasalah diambil oleh pihak kolej untuk menjadi kakitangan dan ini mempunyai menggambarkan ada permasalahan dalam pentadbiran kolej.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.