`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 30, 2013

Ngeri [GAMBAR] Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik

Ketika kita sibuk memperkatakan tentang Filem Tanda Putera Yang hangat dan tengah meletup di Pawagam [ Hehehe ], Filem ini kononnya memperlihatkan sejarah tentang kejahatan pergaduhan antara Cina Dan Melayu, bagi akulah tiada apa yang hendak dibanggakan dengan cerita ini hanya Ilusi sang pemerintah untuk menaikkan sokongan..hehe
 
Apapun dikala kita membangkitkan Isu terjadinya peristiwa 13 Mei dan jasa UMNO dalam peristiwa ini, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan dan kongsi gelap yang begitu parah. Bagi akulah perkara ini begitu membimbangkan dan menakutkan terbaru Kakitangan TNB hampir putus ditetak oleh BANGLAA!!. X payah kita membangkitkan isu Cina jahat atau Melayu Jahat...Sekarang nie Banglaa, Nepal, Myammar, Afrika yang patut kerajaan bagi tumpuan..
 
Ngeri [GAMBAR] Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik

SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, memaklumkan dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.

"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.