`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

ADA UNSUR SABOTAJ DARI KALANGAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM SEMPENA MAJLIS RAYA AIDIL FITRI MBSA?????


Pagi tadi Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan Majlis Raya Aidil Fitri di bangunan MBSA.

Antara tetamu jemputan VVIP ialah Dato' Menteri Besar Selangor dan beberapa Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang memelik dan memeningkan kepala Omak Kau ialah dalam majlis tersebut diselit dengan tarian gelek ala-ala Timur Tengah.

Suatu tindakan dan acara pada hemat dan pandangan Omak Kau amatlah tidak berpatutan dan sesuai sekali dikala para pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka dan keras serta tegas mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh Kudeta As-Sisi terhadap rakyat Mesir.

Omak Kau cukup yakin ini bukan kehendak dan kemahuan para pemimpin negeri Pakatan Rakyat tetapi dilihat adanya percubaan segelintir kakitangan MBSA yang cuba mencemarkan nama baik kerajaan negeri Selangor.

Omak kau mengutuk keras pengajur Majlis Raya Aidil Fitri MBSA ini yang tidak sensitif dan perihatin perasaan rakyat. Nampaknya saki baki kakitangan yang berjiwa UMNO/BN tegar masih lagi bersarang didalam MBSA.

Suatu tindakan tegas wajar diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor agar perkara serupa tidak berulang.

Pernah Omak Kau sarankan semasa menyambut kemenangan PR menerajui Selangor bagi penggal kedua tempoh hari agar menjalankan kewajipan pertama dengan menukar ganti YDP PBT yang tidak sehaluan dengan kemahuan dan inspirasi Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.