`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

Antara Pengswastaan dan PengAutaan. Swasta lwn Auta


Buat pertama kali ada suatu kenyataan Najib yang saya setuju. Bila dia kata kerajaan tidak akan menjual MAS. Hanya saya harap ini kenyataan yang terus tegas. Jangan ianya suatu ‘ruse’ untuk menyebabkan orang menyangka Najib ada tulang belakang untuk menyanggah Dr Mahathir. Jika ketegasan ini berterusan, ini ialah suatu first untuk Najib.

Kita kena tunggu dan lihat. Mahathir belum lagi menyergah Najib. Kita lihat nanti konstitusi Najib bila Mahathir bising- sama ada dia akan kekal menyatakan MAS tidak akan dijual atau tidak. Bersedia lah untuk mendengar dimasa yang akan datang Najib berkata setelah mengkaji semula fakta2, dia berpendapat MAS patut dijual jika harga nya dan pembeli nya dapat diterima. Apa jadi jika yang hendak beli MAS ialah Malindo Air?Ramai sahabat Najib disana. DZJJ umpamanya.

Jadi buat masa ini- kita terimalah Najib nampak seperti ada tulang belakang walaupun sukar mencari lokasi nya.

Orang Melayu janganlah merasa hairan jika Najib melantik shahrizat sebagai punasihat. Ini memang rasmi Najib. Dia akan mengelingi dirinya dengan orang jahat, rasuah, pembawa beban kepada orang Melayu dan sebagainya. Dalam daerah Pekan, Najib mengekalkan ketua kampong yang mencuri tanah, ketua cawangan dan ketua kampong yang mengagih tanah sesama sendiri, yang mencuri balak, yang mengagih saham dikalangan kroni dan keluarga- semua orang2 jahat. Macam mana bangsa Melayu mahu maju jika pimpinan yang ditawarkan kepada mereka terdiri dari perasuah, perompak dan yang tidak amanah. Adakah bangsa Melayu akan mendapat faedah jika UMNO menawarkan pimpinan seperti Isa Samad, Anuar Musa, Shahrizat dan seumpamanya? Inikah cara UMNO membangunkan bangsa Melayu?

Sekali lagi! Memang benar apa yang Zaaba kata pada tahun 1927. Kepayahan dan malang orang Melayu disebabkan oleh pemimpin dari kalangan bangsa nya sendiri. Najib meneruskan tradisi membohongi bangsa Melayu. Pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu memerlukan yang pertamanya, pemimpin yang terbaik. Apa yang Najib tawarkan kepada bangsa Melayu?

Jika bangsa lain mengatasi orang Melayu itu adalah kerana mereka (bangsa yang kehadapan itu) mempunyai nilai2 peribadi yang menyokong kemajuan yang sebenarnya. Jika bangsa lain dalam negara kita ini mencapai kemajuan luar biasa, 90% dari sebab nya ialah kerana pemimpin Melayu sendiri membenarkan nya jadi demikian.

Sebagai contoh. Kenapa ada orang Cina membuka tanah secara haram dalam hutan daerah Raub? Kerana pegawai kerajaan ynag berbangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang berkuasa membiarkan jadi demikian. Sebab pemimpin Melayu pun turut sama membalun tanah ribuan ekar dan menceroboh mencuri balak. Masakan jika tidak tutup sebelah mata bahkan kedua mata, pokok dan tanaman boleh membesar selama 30-40tahun? Selama 40 tahun, Melayu yang berkuasa itu tidur atau apa?

Kenapa ada tauke balak tebang kawasan hutan sesuka hati? Dapat gelaran Tan Sri lagi. Kerana pegawai kerajaan Melayu menutup mata bila tauke balak ceroboh kawasan yang diberi. Kerana tauke bayar pegawai Melayu dan ketua Melayu. Perompak dan penceroboh pun dapat gelaran Tan Sri dari bangsa Melayu.

Bila orang Melayu dirundung malang dan dukacita, kita hendak salahkan orang lain? Salahkan pemimpin bangsa kita sendiri.

Kita kembali kepada Dr Mahathir. Jangan kita tanya Mahathir apa kita perlu kita buat dengan MAS. Boleh jadi dia jurucakap untuk Syed Mokhtar atau Tony Fernandez. Atau dia dengar nasihat dari punasihat terulung Malaysia , Nor Mohamad Yakob. Kalau rakyat Malaysia mahu menyelamatkan MAS, kita tanya Tan Sri Abdul Aziz Raman. Bila Tan Sri Rahman pencen, MAS ada reseb tunai RM5 billion.

Kenapa benda yang baik, mahu diswastakan? Sebab Mahathir memang bertabiat begitu. Apa yang boleh buat duit, dia akan swastakan kepada rakan2 dan orang2 terpilih. Maka dia swastakan kepada Tajudin Rahman. Akibat nya? Kerajaan kena beli semula MAS dari Tajudin pada harga RM1.8 billion. Jadi kenapa kita nak dengar cakap Mahathir? He has done enough damage to this country.

Seperti Daim beritahu saya- history will judge Mahathir on one point only. On corruption. Saya tidak fikir ada orang yang lebih mengenali Mahathir dari Dr Siti Hasmah selain Daim. Daim pernah beritahu saya Mahathir tidak boleh berenggang dengan Daim lebih dari 3 bulan.

Kenapa MAS boleh buat untung semasa Tan Sri Aziz mengemudi MAS dan sekarang MAS dirundung malang? Ini membuktikan bahawa yang diperlukan oleh MAS lebih dari segalanya ialah pimpinan perniagaan yang berkaliber tinggi, amanah , berani, bersih, dispilin dan setia kepada kepentingan negara.

Malang nya bila Mahathir campur tangan dan meswastakan. Malang kerana Mahathir ingat pengswastaan menjamin keuntungan untuk MAS. Dengan suara yang terteran teran berusia hampir 90 tahun, Mahathir sebenarnya bukan percaya kepada pengswastaan tapi pada peng-autaan.

Dia sudah perintah Malaysia selama 22 tahun dan malang Malaysia hari ini banyak berpunca dari Mahathir sendiri. Keadaan politik yang tegang dan tidak tentu hala adalah kerana Mahathir menanam jarum perpecahan dalam kalangan Melayu jati. Apapasal bangsa Melayu enggan mengakui fakta bahawa Mahathir bukan Melayu sejati. Mahathir benci orang Melayu yang enggan menerima bahawa dia seMelayu dengan Melayu yang lain.

Mahathir memanglah mempercayai penswasataan. Kepada nya ianya bermakna menswastakan keuntungan dan mengawamkan kerugian. Untung biar pihak swasta sapu, rugi biar awam atau rakyat yang tanggung.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.