`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 23, 2013

BANGUNAN-BANGUNAN BANDAR TAWAU PERLU DICANTIKKAN


BANDAR TAWAU.....Kelihatan Bangunan/rumah kedai di Bandar Tawau perlu dipelihara sebagai bangunan bersejarah


SEBAHAGIAN bangunan lama yang masih berdinding papan bertiangkan kayu yang berusia lebih 50 tahun termasuk juga bangunan konkrit yang agak lama juga usianya yang tidak terurus terletak di Sabindo yang kelihatan kusam dan lusuh perlu dibersihkan dan dicantikkan lagi.





Beberapa deratan bangunan papan yang masih kukuh yang dijadikan kedai dan sebagainya perlu dipelihara kerana ia merupakan bangunan yang tertua dan boleh dijadikan sejarah dan bangunan Warisan kepada golongan generasi muda khususnya penduduk daerah Tawau masih bertuah kerana masih dapat melihat kewujudan bangunan lama.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffrey Rosman menyarankan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kawasan Sri Tanjung Chan Foong Hin supaya mencari peruntukan untuk mengecat semula beberapa bangunan yang catnya sudah pudar dan perlu dinaik taraf sebagai bangunan yang tercantik walaupun bangunan itu papan.

Jeffrey berkata kerana kebanyakkan bangunan-bangunan yang disebutkan itu bukan saja kusam dan lusuh bahkan menjijikkan mata memandang terutama sekali di mata para pelancong luar yang kerap datang ke daerah nombor tiga terbesar di Sabah.

Bukan itu sahaja tambah Jeffrey di lorong bangunan Bandar Sabindo kelihatan terlalu kotor banyak timbunan sampah sarap bertaburan di sana sini tanpa di kutip oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Dalam hal ini ADUN berkenaan harus turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar justeru menghubugi pihak yang berkenaan.

“Longgokan sampah yang tidak dikutip dan bertaburan di merata deretan bangunan yang disebutkan itu jelas telah menjadi tumpuan tumpuan tikus-tikus berkeliaran mencari sisa-sisa makanan yang dibuang dan ini juga kalau tidak dipantau bermacam-macam wabak penyakit akan datang menyerang manusia terutamasekali penghuni bangunan berhampiran,” jelas Jeffrey.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.