`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 23, 2013

Bil Air Tertunggak, PAIP Tanggung Kerugian RM30 Juta


Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menanggung kerugian kira-kira RM30 juta berikutan bil air tertunggak akibat tindakan segelintir pengguna domestik serta industri yang sering menangguhkan pembayaran berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Datuk Mohamed Zahari Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, RM14 juta membabitkan bil tertunggak yang sudah melebihi tempoh masa setahun.
Sehubungan itu jelasnya, beberapa langkah akan diambil bagi mengurangkan jumlah tunggakan tersebut termasuk memperkenalkan bayaran secara ansuran.
"Bagi pengguna yang masih berdegil notis amaran melalui syarikat guaman akan dikeluarkan supaya mereka menjelaskan bil pada waktu ditetapkan," katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di ibu pejabat Paip di sini hari ini.
Menurutnya, melalui kaedah terbaharu itu akan dapat mengurangkan bil tertunggak sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun depan sekali gus membolehkan pihaknya melaksanakan lebih banyak projek penambahbaikan paip air nanti.
Mohamed Zahari berkata, pembayaran bil mengikut masa ditetapkan dapat membantu pihaknya melaksanakan pelbagai projek seperti menukar paip lama dan menaik taraf loji air demi keselesaan pengguna.
Beliau memberitahu, pihaknya merekodkan kira-kira 15 kes sebulan bagi kes kecurian air membabitkan pengguna domestik dan industri akibat penyambungan paip secara haram serta tidak menggunakan meter.


-Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.