`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 20, 2013

BULAN JULAI DENGAN BANGGA DAN MEGAH BERITAHU SATU DUNIA TNB UNTUNG PRACUKAI RM2.042 BILLION SUKU KETIGA... SEBULAN KEMUDIAN UMUM KEPADA DUNIA TARIF ELEKTRIK AKAN DINAIKKAN!!!!!


Itulah dia negara ku yang ditadbir oleh UMNO/BN setelah diberikan mandat dan kemenangan oleh rakyat pada PRU 13 yang lalu.

Pada 18hb Julai 2013 Tenaga Nasional Berhad dengan bangga dan megah sekali telah memberitahu satu dunia betapa syarikat kuasa nasional itu telah memperolehi keuntungan sebelum cukai cukup tinggi sebanyak RM2.042 billion bagi suku ketiga berakhir pada 31hb Mei 2013 berbanding RM980.30 juta dalam suku tahun yang sama tahun lepas.

Selepas sebulan membuat pengumuman itu, maka diberitahu pula tarif elektrik bakal dinaikkan.

Dah untung berbillion ringgit setahun masih lagi nak dinaikkan tarif elektrik...Bukankah ini menunjukkan betapa bersikap cekik darah punya syarikat GLC yang dipimpin oleh kerajaan UMNO/BN.

Sepatutnya jika dah untung banyak sebegitu diturunkan tarif elektrik bagi meringan beban rakyat... Ini tak.. lagi banyak untung lagi nak tekan rakyat .

Ini dinamakan kerajaan yang menekan rakyat!!!!.

Apa-apa pun bersyukur dan berterima kasihlah dengan UMNO/BN...bak kata setengah pemimpin UMNO.. tanpa UMNOkita masih lagi duduk atas pokok dengan bercawatkan daun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.