`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 25, 2013

Dapur gas meletup: MBNS nasihat sekolah pantau keselamatan

Keselamatan pelajar harus menjadi keutamaan guru-guru kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan pihak sekolah dan Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) sentiasa memantau keselamatan pelajar dalam setiap program anjuran sekolah.
Mohamad berkata keselamatan pelajar harus menjadi keutamaan guru-guru kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Segala aktiviti ko-kurikulum dan apa saja program sekolah perlu pemantauan daripada guru-guru.
“Kita tidak dapat menjangkakan kemalangan kerana ia boleh berlaku bila-bila masa,” kata Mohamad.
Mohamad berkata demikian merujuk kepada insiden lima pelajar yang cedera akibat letupan gas dapur mudah alih di Majlis Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban, pada hari Rabu lepas.
“Peralatan dapur memasak yang digunakan pelajar dalam aktiviti sekolah perlu mematuhi tahap keselamatan.
“Peralatan memasak seperti gas dan dapur yang dibawa dari rumah perlu melepasi standard keselamatan.
“Kita tidak tahu dapur gas kadang-kadang sudah lama dan mempunyai masalah. Anak-anak tidak tahu dan ini boleh menyebabkan berlaku kejadian seperti ini,” katanya.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Kalsom Khalid berkata, pihaknya akan menunggu laporan lengkap daripada pihak bomba dan polis.
“Kami akan mengambil tindakan setelah mendapat laporan lengkap daripada pihak sekolah.
“Kita akan meneliti perkara ini agar ia tidak berulang. Kita akan berjumpa dengan pengetua dan guru-guru dalam masa terdekat,” kata Kalsom.
Cuai
Bapa kepada seorang mangsa, Razali Ahmad, 43, kesal dengan kecuaian pihak sekolah sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.
“Anak saya mengalami 15 peratus melecur di muka dan tangan. Mujur bahagian mata anak saya tidak cedera.
“Saya ingin persoalkan bagaimana pelajar sekolah dibenarkan membawa dapur gas sendiri dan aktiviti memasak tidak dipantau guru-guru. Mereka masih muda dan tidak mahir untuk mengendalikan dapur gas,” kara Razali.
Sementara itu Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Seremban, Dr Ruslan Abdullah apabila diminta memberi ulasan berhubung insiden itu menasihatkan agar semua pihak tidak menuding jari mencari kesalahan.
“Apa pun kita tunggu siasatan Jabatan Pelajaran Negeri dan saya serahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.
Rabu lepas, lima pelajar sekolah tersebut, Aida Marini Zulkiefly, Nur Yasmin Muhammad Yazid, Ira Nurfarisha Mohd Latif, Nurul Syahirah Aziz dan Nurliyana Razali yang kesemuanya berumur 16 tahun mengalami kecederaan melecur di muka, tangan dan kaki akibat dapur gas memasak yang digunakan dibawa oleh salah seorang pelajar dari rumah tiba-tiba meletup ketika mahu menghidupkan dapur gas tersebut.
Dapur gas itu digunakan untuk program Hari Kantin sekolah tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar. Kelima-lima pelajar tersebut menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.