`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

Dari Fail Sejarah KUIN: Demikianlah Wajah Politik BN Di Sebalik Akujanji Palsu!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8m3io_Z7bnAS5LuOu-Ma5ouDDlg_a4_4vL4UZcxKoGDU60IpMlhs32ZHr-afrhSfFCH61QwIYGcefVKQcMMolYEeFql1xwCXMIYYSqhw4C4ZUz7q3B945NtOpwKIMDPCF8lIptN-NtKE/s400/kuin.jpg

Kampus Tetap

Dari Sungai Senam menganjur ke Kg Padang Pulut dan Bukit Hangus, Jeneri, terdapat sebidang tanah seluas lebih kurang 570 ekar. Tanah yang masih berstatus pertanian itu diberikan kepada Insaniah (KUIN) semasa Dato' Seri DiRaja Syed Razak menjadi MB Kedah sekitar tahun 2005 untuk dibina kampus tetap.

Namun, proses mengubah syarat tanah tidak sempat dilaksanakan kerana Menteri Besar selepas itu pula (DS Mahdzir Khalid) mempunyai cadangan lokasi baru di Suka Menanti. Walaupun plan susun atur sudah disiapkan di lokasi cadangan Menteri Besar baru itu, rancangan ini tergendala kerana masalah pengambilan tanah sawah yang akan menelan kos yang lebih tinggi untuk dibina bangunan. Sementara tanah tapak cadangan asal di Jeneri terbiar, diceroboh oleh penduduk dan akhirnya pada 2011, ia diserahkan kepada MBI untuk pembangunan ladang getah bagi menjana pendapatan kepada KUIN. ( Tidak pasti adakah rancangan ini diteruskan selepas PRU13.)

Rancangan Menaiktaraf KUIN

Selepas kampus tetap, muncul cadangan untuk menaik taraf KUIN sebagai universiti penuh. Ia telah di cadangkan oleh kepimpinan KUIN dan Kerajaan Negeri sejak zaman Mahathir Khalid (2006- Mac 2008), tetapi tidak mampu direalisasikan.

Pada era Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, semua aspek pengembangan KUIN seperti penambahan fakulti-fakulti baru, membawa masuk profesor-profesor dan pembinaan Kampus Tetap yang menjadi prasyarat untuk menaik taraf ke tahap universiti penuh dapat dilaksanakan. Setelah dokumen permohonan naik taraf universiti penuh dapat disiapkan, semua syarat telah dipenuhi, hasrat ini akan tercapai setelah Kampus Tetap di Kuala Ketil disiapkan. Ini hanya terlaksana di zaman Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan pengalaman, kesungguhan dan keupayaan kepimpinan yang miliki oleh Ustaz Azizan. Dalam tempoh 3 tahun sahaja dia telah menunjukkan cara dan jalan menamatkan 'ding-dong' yang berlarutan berbelas tahun!

Malangnya, PRU-13 mengembalikan KUIN ke era 'ding-dong' setelah BN berjaya berkuasa semula di Kedah. Apa yang berlaku kini adalah seperti ada api nyalaan demdam dan khianat.

Tindakan Mukhriz mengarahkan Pemangku Rektor selepas PRU-13, Dato' Barni Mohd Noor (yang dilantik dengan membelakangkan syarat kelayakan sebagai Pemangku jawatan itu yang ditetapkan oleh Kementerian) melaksanakan beberapa tindakan drastik berikut;
...
1) Memberhentikan pengambilan pelajar ke beberapa program pengajian.
2) Menamatkan kontrak pensyarah-pensyarah berstatus Profesor dan Profesor Madya yang sedang menyelia tesis pelajar-pelajar pasca siswazah.
3) Mengecilkan bilangan fakulti (Kulliyyah IT dan Multimedia digabungkan dengan Kulliyyah Kejuruteraan).
4) Mengarah Kulliyyah Muamalat pindah balik ke Mergong.
5) Menyerahkan program perubatan kepada IPT lain.

...adalah langkah mengundur ke belakang dan menutup jalan KUIN untuk memohon naik taraf sebagai universiti penuh. Inilah akibat menyerahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, malah buta sejarah. Tindakan mengundur ini telah membuktikan bahawa bukan sekadar Pemangku Rektor itu termasuk dalam kategori 'bukan ahli', Mukhriz dan barisan Exconya juga tergolong dalam kelompok tersebut. Jelas ketara langkah-langkah ini dibuat hasil kesumat yang menyala.

Rancangan Kampus Tetap

Perancangan asas untuk pembinaan kampus tetap sudah dibuat pada zaman Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar lagi. Beliau mencadangkan satu lokasi di Yan (design & prototaip pun sudah disiapkan), tetapi kepimpinan negeri berubah sebelum ia dapat dijelmakan. kepimpinan DS Syed Razak pula mengubah cadangan itu supaya dibina Jeneri, Sik. Hanya setakat menyediakan tanah sebagai tapak, kepimpinan negeri berubah lagi.

Dato' Seri Mahdzir Khalid pula mengubah cadangan supaya dibawa ke Suka Menanti ( walaupun design dan gambar arkitektur pun sudah disiapkan), tetapi masalah berkaitan pengambilan balik tanah sawah penduduk berbangkit, maka ia tertangguh buat kali ketiga. 'Ding-dong' KUIN tiada kesudahan, tiga orang Menteri Besar BN/UMNO 'menyorong' KUIN ke sana ke mari, berasaskan kepentingan kelompok masing-masing, walaupun mereka datang dari parti yang sama. Ini bukti nyata, bahawa BN tidak mampu mendepani kepimpinan dan pengurusan sebuah universiti, menjelmakannya menjadi nyata, hanya mampu memilih tapak untuk 'mengundang projek dan kontrak' dengan berbagai kepentingan.

Era Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan mengubah budaya kerja dan senarai keutamaan bagi negeri dan rakyat Kedah. Tanpa kepentingan selain amanah rakyat dan negeri, dengan Islam sebagai teras, bagi menjayakan Kedah Sejahtera, maka pendidikan diletakkan di senarai teratas. Ustaz Azizan adalah penyelesai kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh tiga orang Menteri Besar daripada BN berkaitan Kampus Tetap dan menaiktaraf KUIN.

Perancangan asal pembinaan di Suka Menanti dipindahkan ke Kuala Ketil disebabkan oleh keluasan tanah, matlamat pembangunan bandar baru, perancangan pembangunan masa depan, jaringan perhubungan, pembangunan sosial setempat dan kepadatan penduduk. Tapak cadangan lama yang melibatkan pengambilan tanah rakyat dan kawasan sawah akan mengancam pengeluaran makanan (padi) selain melibatkan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang, akibat harga pasaran tanah bandaraya Alor Setar dan terpaksa ditimbus.

Tanah PKNK di Kuala Ketil adalah jawapan paling tapat untuk masalah ini, dan Ustaz Azizan telah membuat pilihan bijak dari semua faktor. Kampus Tetap KUIN akhirnya tersergam indah, menjadi mercutanda baru Kedah, hanya dengan kos RM330 juta, sempurna dirasmikan pada 29 Januari 2013.

Walaupun asrama tidak dapat disiapkan, berikutan peningkatan kos bahan binaan akibat syarat baru oleh JKR (berpunca daripada runtuhan stadium di Terengganu), namun sudah ada persetujuan dengan Daruaman Realti dan PKNK sebagai penyelesaian. Dua GLC kerajaan negeri itu telah diarahkan menyiapkan segera kawasan perumahan baru yang sedang rancak berjalan di sebelah kampus tetap yang akan disewa sebagai kediaman dan asrama pelajar dan kakitangan KUIN.

Pada waktu itu, projek perumahan berskala besar ini dijangka siap dan boleh diduduki pada bulan September 2013. Asrama sementara pasang siap juga sudah dimulakan pembinaannya sewaktu PRU-13 berlaku. Pro-Canselor yang baru dimasyurkan pada Januari 2013, Dato' Afifuddin Omar segera mencadangkan blok-blok dewan kuliah yang masih kosong diubahsuai menjadi asrama. Ia segera dilakukan, namun jarum-jarum jahat segera menikam Kementerian Pengajian Tinggi agar tidak membenarkannya, atau lesen ditarik balik.

Inilah rantaian sebahagian rencana untuk memadamkan pencapaian tinggi kerajaan Pakatan Rakyat memartabatkan KUIN, walaupun kita telah berjaya menyempurnakan kegagalan mereka, atas matlamat yang sangat murni. Ia terus marak menyala selepas kuasa beralih kepada BN dalam PRU-13, membakar kejayaan anak bangsa menjadi arang dan abu.

Catatan sejarah KUIN ini dan tindakan-tindakan semberono selepas PRU-13 menimbulkan banyak persoalan. Andainya Kerajaan Negeri era Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid, yang juga daripada UMNO sudah merancang pembinaan kampus tetap, dan menaiktaraf KUIN sebagai univerisiti penuh, kenapa timbul pula isu dana dan perbelanjaan pengurusan KUIN yang didakwa terlalu tinggi pada zaman Mukhriz? Apa pula kepentingan Mukhriz apabila men'ding-dong' kan semula KUIN?

Apakah justifikasi Mukhriz untuk menidakkan usaha semua Menteri Besar terdahulu termasuk daripada UMNO untuk membina kampus tetap KUIN?

Kenapa semua Menteri Besar terdahulu sanggup memberi prioriti dalam peruntukkan kewangan untuk membangunkan kampus tetap KUIN, meluaskan peluang dan kemudahan pendidikan tinggi, tetapi tidak bagi Mukhriz, atas alasan ingin membina rumah untuk rakyat?

Apakah kerajaan UMNO sebelum ini dan sekarang mampu membina kampus dengan saiz dan kapasiti setanding dengan yangtelah tersergam di Kuala Ketil dengan kos yang lebih murah?

Jawapan kepada semua persoalan ini mungkin hanya satu sahaja. Anda saja sebutkan!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.