`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 25, 2013

Guru Orang Asli Kecewa JAKOA Lambat Bayar Elaun !!

  • Terpaksa guna wang sendiriPeserta kelas Kedap Kampung Kerpal, Cenanga Hassan menyusun huruf dengan alat bantuan mengajar disediakan.
 1 / 1 
ROMPIN – Kebanyakan guru terbabit dengan Program Kelas Dewasa Orang Asli Pedalaman (Kedap) di sini tidak berpuas hati kerana elaun tenaga pengajar dan peserta masih belum dibayar sehingga kini.

Guru Kedap, Adam Zaidi Mahidin berkata, terdapat lapan guru Kedap di Rompin.

Namun katanya, hanya Pahang menghadapi masalah dalam proses pembayaran elaun hingga membebankan sesetengah tenaga pengajar yang terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk membayar elaun peserta.

“Tempoh kelas tiga bulan bermula dari Mei hingga Julai. Sejak mula mengajar, kita terpaksa guna modal sendiri untuk menyediakan alat bantuan mengajar yang sepatutnya disediakan pihak berkenaan.

“Manakala, alat-alat bantuan mengajar seperti kertas manila dan alat tulis diterima dua hari sebelum kelas berkenaan tamat,” katanya.

Adam berkata, dia turut bersimpati dengan nasib rakannya yang tiada pendapatan lain dan bergantung sepenuhnya pada elaun mengajar.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan rakannya tiada semangat untuk mengajar kerana terbeban dengan belanja harian, selain terpaksa mendengar rungutan peserta yang belum menerima elaun.

“Elaun peserta RM20 sehari masih belum dibayar menyebabkan pelajar melepaskan kemarahan kepada guru.

“Malah, ada sesetengah kawasan tiada balai raya menyebabkan guru dan peserta membina pondok untuk dijadikan kelas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Isa Ab Hamid berkata, bayaran elaun tersebut akan dibuat pada 26 Ogos ini.

“Pada mulanya kita mahu membayar melalui akaun bank peserta, tetapi wujud kesukaran disebabkan beberapa faktor antaranya peserta tinggal di kawasan pedalaman, tempoh kelas yang singkat, tuntutan tidak lengkap dan cuti hari raya.

“Akhirnya, kita putuskan untuk membuat bayaran secara tunai untuk tiga bulan tempoh kelas,” katanya.- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.