`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 15, 2013

HOT?.. Apa yang 'Hot' nya gambar Anwar dengan Miss Universe ni?


Sebuah Blog Pro UMNO telah menyiarkan sekeping gambar yang telah diperolehinya dari laman Instagram milik DS Anwar Ibrahim dalam satu artikel yang bertajuk "HOT!!! GAMBAR CHEF WAN BERSAMA ANWAR DAN MISS MALAYSIA DIATAS KAPAL TERBANG."

Kelihatan dalam gembar tersebut ialah Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Hendy, DS Wan Aizah dan juga personaliti popular televisyen iaitu Chef Wan.

Yang aku tak fahamnya ialah apa yang dimaksudkan dengan "HOT!" itu?.. adakah kerana ada pengikut Anwar yang melabelkan Chef Wan sebagai penyokong kepada Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat maka ianya menjadi "HOT"?

TakkanlahChef Wan tak boleh menyokong Pakatan Rakyat.. ikut suka dialah nak sokong siapa pun, kan negara ini mengamalkan demokrasri..

Tapi aku tak kisah sangat dengan apa yang dia tulis tentang gambar itu, cuma dalam usaha untuk menjadikan gambar itu sebagai satu isu biarpun ianya bukanlah satu isu..

Dia cuba untuk mengaitkan Anwar dengan Mesir.. baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah ni..


Dia tulis.. "Menurut Anwar, gambar tersebut diambil ketika dia bersama isterinya didalam perjalan menuju ke Instanbul bagi menghadiri satu jemputan dari pihak-pihak di Mesir."

Anwar ke Istanbul, Turki bagi menghadiri satu jemputan dari pihak-pihak di Mesir?

Mungkin dulu dia fail Geografi kot.. sebab itu dia tak tahu Istanbul tu bukannya terletak di Mesir..

Sebenarnya.. Anwar Ibrahim ke Istanbul, Turki bagi menghadiri mesyuarat Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (International Institute of Islamic Thought) dan menghadiri Sidang Khas WATAN dengan pimpinan gerakan pembebasan Syria di Istanbul serta menyampaikan ucapan di Majlis perasmian sidang itu..

Kalau dah tak ada isu pun.. janganlah nak fitnah pulak..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.