`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 5, 2013

‘Jangan gertak peneroka GATCO’

Surat Waythamoorthy mendakwa tiga peneroka GATCO ditahan polis, kata S Karthigesan.
JEMPOL: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waythamoorthy menasihatkan agar pihak polis Jempol tidak melakukan tindakan intimidasi terhadap peneroka Ladang GATCO di Jempol.
Salah seorang peguam kepada peneroka GATCO, S Karthigesan, mendedahkan surat daripada Waythamoorthy kepada Ketua Polis Daerah
Jempol, DSP Tuan Sabri Muhamad, di mana kandungan surat itu mendakwa tiga orang peneroka GATCO iaitu Muhammad Kamisan, Husein Abdul Rahman dan V Arulpurr telah ditahan polis pada 27 Julai lalu.
“Mereka ditahan polis ketika menoreh getah dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa atas Seksyen 447 Kanun Keseksaan bersabit tuduhan kesalahan menceroboh dengan niat melakukan jenayah.
“Seorang lagi peneroka GATCO M Raja telah disoal siasat polis pada 31 Julai 2013. Beliau telah diberi amaran oleh seorang anggota polis yang dikenali sebagai Sarjan Bakar agar tidak lagi membeli lateks yang dikutip oleh penoreh-penoreh getah Ladang GATCO.
“Isu ladang GATCO sudah meleret sejak tahun 1978 dan ia membabitkan lebih 400 orang peneroka yang dahulu membersihkan hutan untuk mengusahakan penanaman pokok getah sejak waktu itu sehinggalah sekarang.
“Pada masa kini, kes sivil yang melibatkan peneroka-peneroka GATCO dan tuan milik tanah iaitu Thamarai Holdings Sdn Bhd sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

Campur tangan polis
Memandangkan kes itu belum lagi diputuskan oleh hakim, maka campur tangan pihak polis dipandang sebagai seolah-olah satu penyalahgunaan kuasa ekoran ia bercanggah dengan proses undang-undang,” kata Karthigesan.
Karthigesan menambah campurtangan polis merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan merupakan satu bentuk intimidasi atau kekerasan.
“Lebih 300 peneroka GATCO masih bergantung hidup kepada hasil kerja menoreh getah. Tindakan polis terhadap tiga peneroka GATCO
tersebut telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan peneroka GATCO lain yang mengkhuatiri diri mereka akan disekat daripada menoreh getah dan menjual getah untuk menyara hidup.
“Sepatutnya pihak polis tanya pada peneroka tentang permasalahan ini dan bantu peneroka.
“Kalau begini sikap pihak polis, ia tidak membantu selesai masalah. Jangan gunakan sistem berat sebelah seperti ini,” ujar Karthigesan.
Sementara itu Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka GATCO, C John berkata peneroka GATCO telah memfailkan rayuan berhubung kes sivil tuntutan peneroka GATCO terhadap Thamarai Holdings pada 16 Julai lepas di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Peneroka GATCO diwakili peguam R Kengadharan dalam kes rayuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.