`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 18, 2013

KERETA TERBAKAR DIBALING BOM


KLANG - Seorang pengurus syarikat keselamatan terkejut apabila mendapati halaman rumah dan kereta jenis Mazda milik isterinya terbakar pukul 2.20 pagi tadi.

Kejadian berlaku di hadapan rumah Jalan Aman Perdana 4C/KU5, Taman Aman Perdana di sini.

Mangsa, K. Muthaiah, 54, berkata, dia menyedari halaman rumahnya itu terbakar selepas keluar bagi melihat anjingnya yang menyalak pada waktu tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superitenden Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, pengawal keselamatan kawasan rumah tersebut melihat dua lelaki menaiki motosikal telah membaling botol ke arah rumah pengadu. - Kosmo

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/08/kereta-terbakar-di-bom.html#ixzz2cKEHVjjX

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.