`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

KUIN gadai lesen fakulti perubatan kepada MASHA


SELAMATKAN FAKULTI PERUBATAN KUIN

Dalam taklimat mengambil alih Fakulti Perubatan dan Sain Kesihatan INSANIAH KMHS) , Dekan Fakulti Perubatan MAHSA dengan jelas menyebut bahawa kandungan pengajaran akan diubah bagi mempastikan tumpuan diberikan sepenuhnya kepada mata pelajaran perubatan. Pelajaran yang berkaitan dengan ilmu Quran dan Islam boleh diajar diluar masa kuliah atau dihujung minggu. Model pengajaran ini samalah dengan yang dipraktikkan di MAHSA.

Walau apa pun bahasa yang digunakan bagi menyedapkan hati pihak terentu mengenai penjualan KMHS oleh KUIN perkara sebenarnya ialah KUIN telah menjual lesen fakulti perubatan kepada MAHSA. 

Jika selama ini sering diulang ulang bahawa KMHS tidak menguntungkan, tidak berkualiti, penuntut yang tidak layak oleh orang tertentu, maka apalah agaknya yang dikempenkan oleh oleh KUIN mengenai KMHS kepada MAHSA sehingga sanggup pula pihak ini membeli KMHS sehingga tak sempat siang. Saya katakan tak sempat siang kerana MB belum pun buat pengumuman tentang penjualan KMHS sedangkan MAHSA sudahpun membawa rombongan melawat bangunan fakulti di Mergong, memeriksa kelengkapan dan aset yang ada, menemubual pensyarah yang masih berkhidmat dengan KMHS. Inilah yan dikatakan belum duduk sudah berlunjur.

Kepada yang faham dunia perniagaan, Lesen menjalankan kursus perubatan adalah lesen paling bernilai di Malaysia. Banyak IPTA, IPTS yang mengidam lesen ini. KPT yang mengeluarkan lesen ini kali terakhir ialah kepada INSANIAH. Jadi tidak hairanlah bila terbit berita KMHS akan dijual, berderet IPTS yang ingin melamar. Bagai wanita cantik yang baru dicerai oleh suami. Belum habis edah sudah ada yang melamar. Itulah yang berlaku kepada janda KUIN ini.

Saya ingin mendedahkan perkara ini kepada umum bagi membuktikan tembelang pihak tertentu yang menjatuhkan reputasi KMHS dengan berbagai kenyataan yang tidak benar. Sekarang saya sudah ada bukti bahawa tuduhan tuduhan ini palsu. Apa lagi alasan orang orang ini untuk mengatakan bahawa kulliyah perubatan INSANIAH adalah kesilapan pentadbiran yang lalu. Tetapi lebih penting lagi ialah saya ingin mengatakan bahawa tindakan MB dan KUIN menjual KMHS adalah kesilapan besar.
Alasannya:

1. Ilmu perubatan adalah ilmu yang tinggi kedudukannya dalam Islam. Ia menjadi fardu kifayah demi mempastikan sebuah negara itu mempunyai cukup doktor untuk merawat rakyatnya. Jika ada hujah mengatakan perubatan bukan ilmu yang dituntut oleh Islam, pergi periksa rujukan anda.

2. Falsafah penubuhan KMHS ialah menjadikan doktor lulusan KUIN mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu agama disamping ilmu perubatan moden. Perkara ini temaktub dalam misi dan visi KMHS. Buktinya 4 orang pelajar sedia ada ialah hafiz dan hafizah. Ini menjadikan KMHS berbeza dari kursus perubatan lain di Malaysia. 

3. Bila MAHSA memngambil alih KMHS, sudah jelas komponan agama dalam kurus perubatan akan dibuang. Ini disebut sendiri oleh Dekan MAHSA. Tiada lagi keunikan kursus perubatan. Hilang sudah satu keistimewaan KUIN. 

4. Jika benarkerajaan negeri sekarang menjadikan pendidikan sebagai perkara utama dalam pembangunan kedah, maka apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan apa yang diberitahu kepada awam. Menutup KMHS tidak sekali kali akan menjadikan Kedah negeri yang cemerlang dan terkenal diperingkat antara bangsa. 

5. Jika alasan menutup KMHS atas faktor kursus yang tidak menguntungkan dan tidak mendapatkan sambutan,maka bodoh sungguhlah orang MAHSA yang sanggup mengambil alih KMHS beserta dengan 23 orang pelajar sedia ada dan semua alat yang telah tersedia. Tentunya MAHSA membayar sejumlah wang kepada KUIN bagi mendapatkan kursus ini.

6. Cuma tinggal satu alasan sahaja mengapa KMHS dijual. Menghapuskan peninggalan kerajaan yang lalu. Jika benarlah alasan ini, sungguh aneh kerana yang beria-ia menutup KMHS ialah para pentadbir. Saya boleh faham kalau keputusan ini dibuat oleh orang politik kerana “ politic is the art of possibilies”. Tetapi bila pentadbir yang beria-ia menutup sesuatu yang bernilai seperti KMHS disokong pula oleh ahli politik, maka Kedah adalah negeri paling malang di antara negeri di Malaysia. 

7. Penyelesaian: rasanya belum terlambat untuk menhentikan kegilaan ini. Tiada MOU ditanda tangani diantara kerajaan negeri,lembaga pengarah, senate, MB atau sesiapa saja yang diberi kuasa dengan MAHSA. Fakulti boleh terus berjalan seperti yang dirancang dengan k/t yang masih ada. Pengambilan pelajar baru masih boleh diteruskan. Pelajar sedia ada akan mula sessi bulan depan. Ertinya kerosakan yang berlaku bukanlah fatal dan beyond repairs. Yang perlu ialah pihak yang terlibat perlu menilai semula kewarasan masing-masing. Jika semua pihak ikhlas seperti dikata, semua ini menjadi mudah. Tiada pihak yang perlu rasa tersinggung atau malu. Inilah win-win solution.

DOUBLE H@KUIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.