`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

Nasihat Mahathir adalah Sokong Membawa Rebahnya Bangsa Melayu.


Bila DR Mahathir mengkritik UMNO tapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama UMNO kerana masa depan orang Melayu berada dengan UMNO- saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda.

Bila Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.

Masa depan bangsa Melayu berada dengan UMNO? Jika begitu lebih baik kita berikrar solat ku, ibadat ku, hidup dan mati ku kerana UMNO.

Pesan Zaaba ialah  kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu. Kerana dalam masa yang kita bertaan itulah, pemimpin kita menjual asset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka. Dalam masa memujuk orang Melayu dengan kata2 nasihat, pimpinan negara ini mahu jual MAS. Dalam masa menasihat orang Melayu dengan kata2 muluk, Mahathir masukkan jarum nya dan mengulangi kepercayaan mereka kepada menswastakan punca pengkayaan negara. Tidak kah kita pelik dengan nasihat Mahatthir supaya MAS diswastakan untuk  mendapat keuntungan? Ketika Mahathir menswastakan MAS kepada Tajudin Ramli, apa yang sudah terjadi? Mahukah orang Melayu ditimpa malang sekali lagi dengan mengikut nasihat Mahathir yang semakin nyanyuk itu?

Najib tentulah sangat senang dan akan mengikit setuju dengan pandangan Mahathir sebab si Najib ini tahu bahawa masa depan politik nya bergantung kepada kepandaian nya meminimakan kemarahn Mahathir keatas nya. Kalau Mahathir tiba2 mati, tentu Najib akan meneruskan polisi menjual asset negara kepada sahabat2 yang telah dia bariskan untuk ganti barsan sahabat yang Mahathir telah bentuk.

Nampaknya Mahathir sangat faham minda orang Melayu dan bagaimana jiwa hamba orang Melayu terbentuk. Yakni, walaupun kita membuang penjajahan fisikal, perkara2 keji yang menyebabkan minda orang Melayu itu tunduk dihamba-abdikan memerlukan usaha yang tegas dan berani untuk dihapuskan.

Apa yang terjadi bila British datang mula dari kurun ke19 sehingga kita merdeka tahun 1957? Yakni bermula dari bila British datang ke Pulau Pinang, masuk ke Perak dan kemudian kedalam beberapa buah negeri Melayu lain melalui penubuhan negeri2 Selat, negeri Federrated dan negeri2 bukan federated dan seterusnya Federation of Malaya?

Zaaba melihat kedatangan British sebagai suatu yang positif yakni menggantikan zaman buas yang menindas bangsa Melayu dengan suatu zaman berasaskan undang2 dan peraturan. Kedatangan British telah membebaskan orang Melayu daripada penjajahan fisikal kebuasan dan sebagainya.

Tapi seperti biasa, memahami Mahathir bukanlah dengan mendengar apa yang dia ucapkan. Untuk faham Mahathir, kita mesti cari apa yang dia tidak ucapkan dan mencari maksud dari ucapan nya yang tesurat. Apa yang Dr Mahathir tidak sebutkan?

Dia tidak akan berkata kesan daripada kegagalan UMNO membebaskan perhamba-abdian minda orang Melayu. Itu yang UMNO gagal. Mahathir tidak akan beritahu bahawa kemajuan sejati orang Melayu memerlukan (1) merdeka dari penjajahan fisikal dan (2) merdeka dari penjajahan minda. Yang kedua itu akan menjadikan orang Melayu berada dalam barisan depan sebagai peon, tambi dan orang2 suruhan yang tidak berkehendak mengunakan otak.

Ini yang UMNO lakukan- menjadikan orang Melayu itu teramai daripada golongan peon dan tambi dan orang2 suruhan. Kenapa? Kerana UMNO itu gagal mengeluarkan orang Melalyu daripada penjara minda. Malah, UMNO mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda yakni bergantung harap kepada UMNO. Malang nya nasib orang Melayu jika tidak dapat membezakan bahawa masa depan dan kemajuan sejati bangsa kita ini berkehendakkan: (1) Sebuah kerajaan yang baik yang memerintah mengikut undang2 dan peraturan (2) kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan yang berkualiti (3) memerlukan jentera pentadbiran dengan cabang2 nya yang cekap dan dedikasi dan dipimpin oleh penjawat awam yang bermutu tinggi.(4) memerlukan rakyat yang ada minda dan bakat yang tinggi  yang berani bedepan dengan cabaran kehidupan berbekal dengan kerja kuat dan kemampuan diri.

UMNO ialah sebuah parti yang menjadi salah satu pertubuhan yang diilih dan disukai oleh orang Melayu. Secara sendiri UMNO bahkan parti2 yang dipilih orang Melayu tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu kecuali parti2 tersebut mendedikasikan diri mereka untuk mencapai perkara2 yang disebutkan diatas.

Jalan selamat orang Melayu bukanlah dengan menggantikan penjajahan fisikal dari bangsa mereka sendiri dan bangsa yang menjajah tapi dengan mengubati sakit orang melayu dengan meningkatkan kualiti minda mereka. Langkah pertama mengangkat mentality orang Melayu ialah dengan meyakini bahawa kita tidak memerlukan parti seperti UMNO jika mereka terus mengekang minda Melayu dan menajdikan Melayu itu kekal tunduk dan tertakluk pemikiran.

Jika kita ikut nasihat Dr Mahathir yang semakin lemah fikiran nya, maka orang Melayu akan tetap kekal dalam jiwa hamba abdi mereka. Yakni yang pertama dan utama sekali ialah orang Melayu akan gagal menyedari bahawa kemajuan memerlukan membuang tabiat bergantung harap kepada orang lain.

Dalam zaman pra-Britsh Melayu bergantungharap kepada pemerintah buas bangsa mereka sendiri. Dalam zaman setelah British, orang Melayu diasuh bergantung pula kepada tuan yang baru sehinggalah sekarang, Melayu mahu diasuh supaya bergantung kepada pihak lain untuk memajukan diri mereka.
Bangsa lain pun pada mula nya bukanlah mempunyai kelebihan. Mereka pun berada dalam jahil dan tiada pelajaran, tapi mengapa tanya Zaaba, mereka tiada ketinggalan pada medan kemajuan kehidupan? Sebab nya mengikut pangamatan Zaaba, bangsa lain dilatih dengan beberapa tabiat dan perangai yang menyokong kemajuan yang sebenar. Bangsa lain yang terlatih dengan sebab susah dapat makan, susah kerana terlalu ramai dan disebabkan tekanan dan cabaran2 ini, terlatih supaya berkerja kuat baru dapat makan.

Apa prinsip nya? Prinsip nya ialah menyedari bahawa dalam kehidupan ini tidak ada makanan percuma dan menyedari bahawa system ganjaran atau reward system mesti bersandar pada prinsip ganjaran mengikut tahap usaha dan tahap kualiti minda. Tidak ada jalan pintas mendapat ganjaran kehidupan. Selagi kita diajar oleh UMNO dan pemimpin seperti Mahathir, Najib dan yang sepemikiran seperti mereka, orang Melayu akan terus terasuh dan terdidik dengan fikiran bahawa ada jalan pintas mendapat ganjaran kehdupan. Iaitu hanya perlu meletakkan amanah dan kepercayaan kepada UMNO dalam kapasiti nya sebagai parti poitik.

Tidak ada maknya nya anjuran dan nasihat seperti yang demikian. Jika UMNIO menguujudkan sebuah kerajaan yang koman dan sub-standard, dengan ejensi2 pentadbiran yang dipimpin dan diisi dengan orang2 yang bermutu rendah, kalau tiada kerajaan yang memerintah mengikut indang2 dan peraturan, orang Melayu tidak ada masa depan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.