`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 18, 2013

Panas ! Jenayah Menggila Di Johor, Ada Ditembak, Dibunuh Dan Ada Dirogol...

tikamm
4 Kes jenayah dilaporkan di Johor dalam masa 24 jam....

Pekerja Bengkel Warga India Parah Ditikam & Ditembak Di Tampoi

JOHOR BARU: Seorang pekerja bengkel kenderaan warga India parah selepas ditetak dan ditembak sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi di sini tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 30-an berada di luar pekarangan kediaman majikannya sebelum dia tiba-tiba diserang suspek yang bersenjatakan parang dan senjata api.

"Beliau yang cedera ditetak cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun seorang daripada suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebaik sahaja mangsa berjaya masuk ke dalam kediaman berkenaan," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau berkata majikan mangsa, yang ketika itu berada dalam bilik, bergegas ke luar rumah sebaik mendengar bunyi tembakan dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumahnya. Suspek pula dipercayai melarikan diri sejurus selepas itu.

Beh berkata polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu dan menemui dua kelongsong peluru serta beberapa kesan cap jari di pagar rumah berkenaan.Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an manakala dua lagi masih diburu.



Pengusaha Salon Mati Ditikam Selepas Disamun

tikamm

JOHOR BARU: Seorang pengusaha salun kecantikan ditemui mati dengan berlumuran darah di premisnya di Taman Bukit Indah di sini selepas disamun sepasang lelaki dan wanita yang menyamar sebagai pelanggan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya DSP Razak Md Said berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, 39, ditemui terbaring oleh pekerjanya dengan kesan tikaman di perut serta kelaran di pergelangan tangan dan leher.

"Mangsa berada dalam kedai itu bersama dua pekerja dan dua pelanggan sebelum suspek tiba-tiba masuk dan berjumpa dengan mangsa.

"Difahamkan selepas itu, terjadi satu pertengkaran membabitkan mangsa dan suspek yang mana ia turut didengari pekerja mangsa yang ketika itu berada dalam bilik untuk melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi Sabtu.

Beliau berkata pekerja mangsa kemudian mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila keadaan tiba-tiba senyap dan menemui majikannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang depan kedai.

Kejadian jenayah ke 3 yang dilaporkan 

Samun, rogol

Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.

“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,” kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka.Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi. “Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.

Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis. “Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.

“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer.Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.

“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).

“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.