`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

Pelajar Diperkosa Rakan Ibu Sendiri...Berhati hati lah Jangan Cepat Mempercayai...

KULIM – Gara-gara ingin mengecas bateri telefon bimbit di sebuah bengkel terletak di taman perumahan di sini, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol oleh rakan ibunya sendiri ketika hendak pulang ke rumah.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang.

Difahamkan, mangsa yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian memaklumkan kepada ibunya hendak berjumpa suspek ditemani adiknya.“Dalam kes ini, mangsa dikatakan sudah mengenali suspek sejak dia masih kecil. Pada hari kejadian, mangsa pergi ke tempat kejadian bersama adiknya. Apabila tiba di bengkel dimana suspek berada, suspek berusia 30-an telah memberikan RM5 kepada adik mangsa dan mengarahkannya membeli aiskrim.

“Setelah kembali bersama aiskrim dikirimkan suspek, mangsa dan adiknya minta kebenaran untuk balik ke rumah bagaimanapun suspek menahan mangsa sebelum dirogol,” katanya.Ghuzlan berkata, susulan kes berkenaan melibatkan pelajar bawah umur, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit sebagai rogol dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini suspek dipercayai sudah melarikan diri sebaik sahaja melakukan perbuatan itu terhadap mangsa,” katanya.Dalam pada itu, Ghuzlan menasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak perempuan mereka pergi ke rumah atau premis perniagaan teman lelaki biarpun sudah lama dikenali kerana pelbagai kejadian jenayah boleh berlaku.


Posted by Melayu Berwawasan 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.