`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

Peminjam PTPTN di'buru' hingga ke 'lubang cacing'......terima kasih, itu cara amenu


Awas para peminjam PTPTN  !!!......Anda gagal membayar, anda akan diburu hingga ke 'lubang cacing' kerana itu cara amenu melayani rakyatnya yang sebahagiannya adalah penyokong tegarnya sendiri malah pengundi tegarnya sendiri.

Glamour oh......nama anda akan tersenarai dalam pengkalan data CCRIS

al-brangionline:

Itulah cara jasa mu (beri undi pada amenu) dikenang.......bukannya nama ter'pahat' di 'Hall of Fame' tapi di CCRIS.
_____________________________________________________________________


Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara
KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.
"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.
Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.[sumber .]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.