`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 26, 2013

PENDUDUK LOCK YEN 10 TAHUN TERUS DILANDA BANJIR


BERTAKONG....Wong (Baju Hijau) disebelahnya Yapp bersama penduduk lainnya berdiri ditepi jalan yang ditenggelami air buat selama-lamanya


SUDAH hampir sepuluh (10) tahun penduduk Kampung Lock Yen Jalan Bypass Seguntor yang membabitkan 30 keluarga daripada 8 buah rumah yang terus berdepan masalah kebanjiran acapkali musim hujan.





Air yang melimpah ruah dari beberapa batang parit yang tersumbat lantarankawasan perumahan kerap kali banjir bukan saja menenggelami beberapa batangjalan bahkan rumah-rumah berhampiran juga turut ditenggelami.

Yapp Thien Sung seorang penduduk yang mengadu kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang turut dipelawa untuk memeriksa situasi dipersekitaran Kampung Lock Yen bersama-sama Krew dan Wartawan Kanan Sabahkini.Net, terbukti sebatang jalan penghubung dengan beberapa rumah telah ditenggelami air bukan sehari dua hari bahkan sudah sepuluh tahun lamanya namun tiada sesiapa yang ingin mengambil tahu masalah penduduk tersebut walaupun telah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang tertentu.

Menurut Yapp Lock Yen, Jalan Bypass Seguntur adalah di bawah kawasan DUN Gum-Gum dan Parlimen Libaran sepatutnya masalah tersebut sudah lama ditangani oleh kedua-dua pemimpin itu

Tambah Yapp lagi, keadaan air yang menenggelami jalan tersebut sedalam kira-kira lima kaki itu tidak pernah berubah walaupun tidak hujan. Keadaannya kekal begitu sahaja dan para penduduk yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama dan mereka terpaksa berjalan kaki kerana tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil kecuali kenderaan pacuan empat roda sahaja.

“Hari-hari kami basah, jalan kaki mesti buka kasut, yang kesiannya budak-budak yang pergi ke sekolah terpaksa basah kuyup. Baru sampai jalan lain nanti begitu juga, bila pulang kerumah pun dalam keadaan basah. YB Zakaria YB Juslie tidak kesian kah sama kami yang hidup dalam kesengsaraan ini hampir sepuluh tahun ini? Tolonglah YB,” jelas Yapp dengan nada sedih dan sayu.

Walaupun kawasan Libaran bukan di bawah jagaan saya jelas Wong tetapi sebagai Wakil Rakyat yang berkhidmat kepada rakyat jelata, saya betul-betul amat bersimpati dan kasihan terhadap nasib paling malang yang menimpa 30 keluargayang membabitkan lapan buah rumah di kampong Lock Yen itu.

“Dengan itu saya memohon jasa baik kepada ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edress dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol, agar dapat menghantar para pegawainya membuat spot check atau melawat ke Kampung Lock Yen agar dapat melihat sendiri mengenai keadaan sebenar dan selanjutnya menemui para penduduknya yang 100 peratus mereka adalah warga tempatan daripada kaummasyarakat cina yang meruapakan pengundi Libaran,” tegasnya.

Kata Wong lagi kepada Yapp pihak pejabat Parlimen Sandakan akan membantu untuk mengutus surat rasmi kepada ADUN Gum-Gum dan ADR Parlimen Libaran bagi memaklumkan mengenai masalah seperti yang dilaporkan supaya mereka mencari jalan alternatif bagi menanangani masalah tersebut dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.