`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 3, 2013

Penduduk mengeluh cukai taksiran tinggi

Mereka membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bahau, Chew Seh Yong..
BAHAU: Tiga penduduk tempatan mendakwa Majlis Daerah Jempol (MDJL) mengenakan kadar cukai taksiran yang terlalu tinggi hingga mencetuskan perasaan kurang senang dan merasa diri mereka teraniaya.
Justeru itu mereka tampil dan membuat aduan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Chew Seh Yong (DAP) kelmarin.
Chong Kee Sang, 46, berkata kali ini dia menerima surat cukai taksiran melebihi sepatutnya iaitu RM258 berbanding jumlah sebenar iaitu sekadar RM129 sahaja.
“Lebih mengecewakan apabila terdapat bayaran tunggakkan sebanyak RM129, namun jumlah tersebut telah dibayar sebelum ini, dan tidak sepatutnya timbul dalam bil cukai taksiran itu,” kata Chong.
Poon Gian Nam, 55, berkata, beliau menerima surat tersebut tiga hari lepas, terkejut melihat jumlah cukai taksiran yang semakin tinggi.
“Kami harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan tidak mahu ianya berlarutan sehingga menyebabkan jumlah cukai taksiran tersebut naik lagi daripada tahun sebelumnya,” katanya.
Seorang peniaga, Wong Kook Yoh, 30-an berkata, sudah dua tahun berniaga di pekan Bahau, namun kali ini dia menerima surat cukai taksiran sebanyak RM517.38. Beliau juga keliru dengan jumlah yang perlu dibayar kepada MDJL.
Masalah teknikal
Sementara itu, Adun Bahau-DAP, Chew Seh Yong berkata, beliau dimaklumkan bahawa MDJL telah mengeluarkan hampir 17,000 surat cukai taksiran bagi kawasan Jempol.
Katanya, setakat ini beliau menerima lebih lima aduan berhubung isu kenaikan cukai taksiran sejak Isnin lepas. Selepas disiasat pihaknya mendapati terdapat masalah teknikal semasa pihak tersebut mengeluarkan surat itu.
“Pengadu perlu membayar cukai lebih tinggi daripada biasa, sedangkan dalam sistem asal tiada, hal ini tidak wajar berlaku kerana ianya memberi kesan buruk terhadap nama baik agensi kerajaan.
Namun perkara ini dianggap selesai setelah pihak tersebut memaklumkan bahawa pengadu terlibat datang ke Pejabat MDJL untuk membuat semakan semula berhubung perkara itu,” kata Chew.
Yang Dipertua MDJL, Wan Razali Wan Awang berkata, pihaknya menghadapi sedikit masalah teknikal berhubung sistem pengurusan cukai taksiran am MDJL.
Melalui semakan semula, didapati terdapat kesilapan di dalam Bil Cukai Taksiran Am terbaru dimana pembayaran yang telah dibuat bagi tempoh Jan–Jun 2013 tertera semula di bil tersebut walaupun bayaran telah dijelaskan oleh pemilik.
” Oleh yang demikian, pihak MDJL ingin memaklumkan bahawa pemilik yang telah membuat pembayaran bagi tempoh Jan–Jun 2013 agar mengabaikan jumlah yang tertera pada item tunggakan tersebut dan pemilik hanya perlu menjelaskan item Bil Cukai Taksiran Am semasa sahaja.
“Untuk tujuan penyelarasan, MDJL telah mengemaskini kesemua akaun cukai taksiran am tersebut.
“Sehubungan dengan itu, pihak MDJL memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sila hubungi Bahagian Penilaian MDJL – 06-4581233 (Puan Noor Haizam Binti Danial dan Encik Mohd Fazil Bin Khalid) bagi penerangan selanjutnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.