`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 25, 2013

Penduduk Pangsapuri Petaling Permai bimbang tanah mendap

Keruntuhan pasti akan berlaku jika satu projek baru dibina di kawasan berdekatan.
PETALING JAYA: Penduduk Pangsapuri Petaling Permai di sini bimbang keadaan tanah mendap yang berlaku sejak lima tahun lalu mampu mengundang bencana lebih serius kepada penduduk.
Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Blok G, H, I, J, K, L, P, Q, Taman Petaling Permai, Yogeswaran berkata, pergerakan tanah jelas berlaku sehingga menyebabkan keretakan bangunan yang serius di Blok I dan J.
“Keruntuhan pasti akan berlaku jika satu projek baru dibina di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tinjauan FMT mendapati bangunan di bahagian aras bawah Blok I dan J jelas wujud tanda keretakan di sekitar longkang dan bahagian belakang malah struktur hujung bangunan juga dilihat mendap ke bawah berbanding paras asal.
Menurut Yogeswaran, masalah ini sudah dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Malah bekas wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Petaling Jaya Selatan Datuk Donald Lim Siang Chai dan Adun Taman Medan Haniza Talha pernah turun padang dan melihat masalah itu namun sehingga sekarang tiada tindakan proaktif ditunjukkan.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Petaling Permai Blok G, H, I, J, K, L, Q Pangsapuri Petaling Permai berkata, mendapan tanah terjadi berkemungkinan besar berpunca daripada status tapak kawasan perumahan itu sendiri.
Dibangunkan di bekas tapak perlombongan, pangsapuri kos rendah itu pada asalnya dibina pemaju Peter Brickworks Sdn Bhd pada tahun 2005.
Setinggan sifar
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pada ketika itu mensasarkan ‘setinggan sifar’ dengan menghapuskan kawasan setinggan di sekitar Petaling dan memberi penempatan semula kepada penduduk daripada 11 kampung penempatan setinggan ke pangsapuri berkenaan.
Namun pada tahun 2007, Peter Brickworks dikatakan ‘lepas tangan’ dan tarik diri daripada tanggungjawab sebagai pemaju dan pengurusan pangsapuri tersebut.
“Dibawah ini (tapak) semuanya sisa sampah dan tidak selamat untuk diduduki.
“Apabila hujan, akan timbul bau busuk sebab pengsapuri kami bersebelahan dengan bekas tapak lombong yang turut dijadikan sebagai kawasan pelupusan sampah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha kepada Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor Kamaruzzaman Ahmad Nor dalam responnya berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan teknikal MBPJ untuk memeriksa keadaan itu segera.
“Penduduk dinasihatkan supaya mengaktifkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) supaya saluran aduan dan bantuan antara kerajan negeri dan penduduk dapat diuruskan lebih lancar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.