`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 24, 2013

ROS lulus 20 permohonan parti baru


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterimanya sejak 2008.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri ROS di Nilai hari ini. 

Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.