`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

Semburan CAT MERAH 'RIP 04' Di IBU PEJABAT POLIS


KUALA LANGAT - Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat telah dicemari dengan semburan cat merah bertulis 'RIP 04' dan lambang 'Swastika' yang dipercayai membawa maksud (Rest In Peace 04). Selain dinding luar yang disembur cat merah, sebuah pos keselamatan polis turut disembur cat dengan tulisan yang sama.



Perbuatan ini dipercayai ada kaitan dengan peristiwa lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh yang ditembak mati di Pulau Pinang apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.

Kejadian itu berlaku apabila sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.

Pihak Polis turut mengesahkan perkara ini dan siasatan lanjut terhadap maksud tulisan itu sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.