`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 18, 2013

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH BERANGKAT KE MAJLIS PERSANDINGAN ANAK MENTERI BESAR SELANGOR



Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis persandingan anak kepada Menteri Besar Selangor yang diadakan penuh meriah di Setia City Convention Centre, malam tadi.

Majlis dimulakan kira-kira jam 8.30 malam dengan perarakan masuk kedua-dua mempelai, Iqbal dan Fazlin ke dewan utama dan mereka bersanding di atas pelamin yang dihias indah.

Sultan Selangor, berkenan menyempurnakan acara merenjis air mawar dan diikuti oleh ibu bapa pengantin lelaki, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan isteri Puan Seri Salbiah Bt Tunut diikuti oleh ibu bapa pengantin perempuan.

Majlis yang disertai oleh kira-kira 1000 tetamu jemputan itu turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan dari pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh masyarakat dari pelbagai kaum diraihkan dengan penuh istiadat yang santai dan gilang gemilang.


Pada majlis ucapan selepas selesai majlis makan malam, Menteri Besar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sudi mencemar duli bagi berangkat pada majlis itu. 

Menteri Besar turut mendoakan agar kedua-dua mempelai dipanjangkan jodoh dan menjalani kehidupan berumahtangga dalam keadaan penuh harmoni. Baginda Sultan Selangor berangkat meninggalkan majlis kira-kira jam 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.