`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 12, 2013

Surau jadi Tokong, Tercemar Mungkin Dirobohkan


SURAU BUDDHA

GAMBAR yang dirakam oleh penduduk kampung berhubung kejadian upacara agama Buddha yang dijalankan di dalam surau di sebuah resort di Tanjung Sedili, Kota Tinggi kelmarin sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam. – Foto kredit Utusan / Farik Salleh
Lihat video apa kata pengusaha resort sebelum tangkapan dilakukan terhadap beliau klik sini
KOTA TINGGI 12 Ogos – Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili yang membenarkan surau kawasan penginapan menjadi tempat ritual keagamaan selain Islam akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh terdekat lapor Utusan.
Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, siasatan lebih mendalam akan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor namun beliau menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu sedia maklum bahawa masjid, surau atau musala hanya boleh ‘dihidupkan’ oleh orang Islam.
“Dalam al-Quran, Allah menerusi Surah at-Taubah berfirman sedemikian dan bukan sebaliknya, itu jelas dan tidak perlu dinafikan. Berdasarkan tinjauan, terdapat banyak keraguan dari segi reka bentuk surau ini iaitu kedudukan arah kiblat yang lari dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Tanah Haram di Mekah.
“Kita ada enakmen dan undang-undang, jangan lekeh dan hina perlembagaan di Malaysia. Perkara yang berlaku ini jelas menghina kesucian agama Islam di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut di surau dalam kawasan resort di Kampung Sedili Besar hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.
surau tokong
Kelmarin, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.
Sementara itu Noor Azam Osman berkata, pengusaha terbabit bukan sahaja akan didenda atau disaman malah lesen operasi mereka juga boleh dibatalkan selain surau tersebut akan dirobohkan.
“Dari sudut pemilikan tanah, lokasi resort ini merupakan hak milik persendirian dan sudah diubah mengikut syarat rezab Melayu. Pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian akan terus menjalankan siasatan mengenainya dan yang paling penting pada waktu ini adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri dan Jabatan Agama Johor.
“Disebabkan resort ini berada dalam kawasan persendirian, kami nasihatkan orang ramai atau pelanggan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam surau ini untuk sementara waktu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.