`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 6, 2013

Teresa: 'Ada orang fitnah saya di bulan Ramadan'

Teresa 
 “Print screen” Facebook Teresa yang disebarkan
SHAH ALAM – Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.

Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya,  perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

“Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepada orang Cina.

“Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan,” tulisnya.

Antara satu salinan “print screen” Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul “Cina pun mahu duit Zakat”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.