`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 13, 2013

'The awakening': Hanya penggali dan cangkul yang akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik (sambungan)

PM 'Flip-Flop' Abdullah Ahmad Badawi's "Awakening, the Abdullah Ahmad Badawi Years in Malaysia"
Saya tidak pernah berhenti menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan melakukan pemilihan secara terbuka.

Tetapi mengambil jalan populis melalui demokrasi tulin ini ia tidak akan kekal lama kerana populariti seseorang itu mempunyai hadnya sendiri. Itu sebabnya seseorang yang benar-benar demokratik akan menjaga maruah diri dan tidak mahu kekal dalam kuasa secara berpanjangan. Mereka akan menjaga nama dan imej mereka terlebih dahulu, dan jalan yang paling baik ialah dengan bersara dan memberikan kepimpinan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan sedang meningkat kewibawaan dan persepsi rakyat.

Itu yang dilakukan oleh Hussein Onn. Beliau meletakkan jawatan apabila ada di dalam UMNO yang tidak berpuas hati terhadap beliau dan beliau meletakkan jawatan dengan rela hati kerana tidak mahu membiarkan perasaan tidak puas hati terhadap beliau akan bertambah dan memecahkan partinya. Malahan Mahathir sendiri pun memahami isu ini.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1981 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur semasa beliau mengambil alih kepimpinan dari Hussein Onn, Mahathir telah mengingatkan perwakilan UMNO tentang isu ini. Beliau telah berkata yang jika ada sedikit perasaan tidak berpuas hati terhadap beliau, Mahathir meminta UMNO memberitahu beliau agar beliau berundur dengan cara terhormat.

Itu janji beliau dalam ucapan penangguhan beliau dalam perhimpunan agung itu. Saya masih ingat ucapan beliau ini kerana kebetulan perwakilan Kuala Pilah berada dibarisan hadapan dalam dewan perhimpunan tersebut, dan kata-kata beliau mudah di dengar dengan jelas. Mahathir tahu Hussein yang bersara dan memberikan laluan kepada beliau itu mempunyai sikap dan pemikiran yang seperti itu. Tetapi bagi Mahathir itu hanyalah mainan lidah yang tidak bertulang beliau.

Beliau telah ditunjukkan begitu banyak dalil supaya berundur tetapi beliau mengambil sikap yang berlawanan dengan apa yang telah beliau sebut dalam ucapan penangguhan dalam perhimpunan tersebut. Malahan apabila beliau ditandingi dan hanya memenangi 43 undi majoriti sahaja, beliau bertindak ganas serta mencari jalan bagaimana hendak mengenepikan semua yang dianggap beliau sebagai seteru politik beliau.

Hasilnya UMNO diharamkannya dengan menggunakan undang-undang dan menubuhkan sebuah parti baru. Malahan sebelum pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 itu beliau dengan lantang berkata walaupun beliau menang dengan satu undi, beliau tetap menang. Sehari dua selepas itu beliau berkata jika dalam pertandingan itu nanti jika beliau tewas pun beliau masih Perdana Menteri kerana beliau akan mendapatkan sokongan di Dewan Parlimen.

Bagi sesiapa yang mendengar janji-janjinya pada tahun 1981 itu dengan apa yang beliau sebenarnya lakukan, seseorang itu akan dapat membuat penilaian yang jelas terhadap Dr Mahathir.

Mahathir telah melampaui tarikh luput popularity dalam sistem demokrasinya tetapi masih mahu berkuasa, maka beliau terpaksa melakukan perkara yang diluar jangka untuk menambah jangka masa untuk terus berkuasa dengan berbagai tekanan terhadap sesiapa yang beliau rasakan akan menyebabkan beliau tergugat. Beliau terpaksa berpolitik secara autokratik dengan menggunakan berbagai ‘instruments’ yang sepatutnya digunakan ditempat lain kepada ahlu-ahli politik yang beliau anggap musuh seperti ISA dan sebagainya.

Maka salah kah jika seseorang menganggap Mahathir itu sebagai seorang yang gilakan kuasa dan tidak pernah mampu bekerjasama dengan sesiapa. Beliau dalam pemerintahannya merupakan seorang Perdana Menteri yang mempunyai empat Timbalannya, Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah. Tidak mungkin seorang yang tidak boleh selari dengan semua Timbalannya itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang berwibawa.

Beliau membuat ‘equation’ semua Timbalannya sama seperti beliau kerana beliau beranggapan semua Timbalannya itu sama seperti beliau semasa menjadi Timbalan kepada Hussein Onn dahulu. Bagi beliau semua Timbalannya akan melakukan ‘insubordination’ terhadap beliau seperti beliau lakukan kepada Hussein Onn sebelum itu.

Akhirnya Timbalan yang sedia ada dengan beliau semasa beliau hendak bersara adalah Abdullah Badawi yang beliau lantik kerana beliau mengenali Abdullah sebagai seorang yang boleh di arah duduk akan duduk dan jika di arah berdiri akan berdiri. Beliau merasakan Abdullah sahaja yang boleh dipercayai untuk beliau mengenakan kehendak beliau jika dijadikan pengganti beliau. Beliau tetap mahu berkuasa selepas persaraannya.

Tetapi beliau tidak memahami Abdullah sepenuhnya. Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk di takik.

Mahathir sedar selama ini Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan jawatan Perdana Menteri itu. Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja seperti beliau (Mahathir) lakukan kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi Timbalan kepada Hussein sebelumnya itu. Beliau menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal melantik beliau sebagai timbalannya.

“What goes around comes around’ kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik.

(Bersambung)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.