`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 23, 2013

Tiada lagi solat di dua masjid besar Kaherah

  

MESIR: Selepas terbakar dan rosak teruk diserang pihak tentera yang menggempur penyokong legitimasi, dua masjid antara yang terbesar di Kaherah tidak lagi boleh berfungsi.

Masjid Raba'ah, hampir keseluruhannya bahagiannya terbakar dalam serangan berdarah oleh tentera 14 Ogos lalu yang menyaksikan ribuan penyokong Morsi terbunuh.

Masjid Fath (gambar)di Ramsis juga mengalami nasib sama apabila digempur pihak tentera dan samseng upahan sehingga masjid itu rosak keseluruhannya.

Kedua-dua masjid ini merupakan tempat perlindungan penyokong legitimasi yang telah diserang dengan peluru hidup beberapa minggu lalu.

Semalam, Kementerian Wakaf Mesir mengumumkan tiada solat jumaat di kedua-dua masjid berkenaan minggu ini.

Kementerian itu berkata, pihak mereka telah meminta syarikat pembinaan untuk membaiki kedua-dua masjid terebut  secepat mungkin.

Sementara itu, gabungan parti yang menyokong Presiden Morsi mengumumkan himpunan besar-besaran sempena hari Jumaat hari ini.

Perikatan Kebangsaan bagi pertahankan legitimasi berkata, perhimpunan akan bermula dengan doa kepada rakyat mesir yang telah terkorban dalam serangan tentera sebelum ini di seluruh masjid di Mesir.

"Kami akan tetap berpegang teguh sehingga rampasan kuasa tentera berdarah dikalahkan," kata gabungan itu.

Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, telah digulingkan pihk tentera melalui rampasan kuasa.- HD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.