`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 23, 2013

Untuk Apa Waytha Moorthy Timbalan Menteri Di JPM?


Untuk apa Waytha Moorthy dilantik  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ? PM Najib belum pernah memberi penerangan berhubung hal tersebut.

Namun apabila dilihat sikap Waytha Moorthy yang tidak selaras dengan tindakan polis mahupun tiada kenyataan pembelaan untuk kerajaan yang disertainya, adakah budaya mengambil penentang menjadi sebahagian kabinet itu mula membenih? Jika benar, jelaskan sahaja kepada umum.

Ramai lagi kaum India beragama Hindu yang mempunyai cita-cita murni untuk bangsa mereka dan menerima konsep kenegaraan dan kenusantaraan tetapi diketepikan. Ini menyedihkan.

Waytha Moorthy tak layak jadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sudah dua isu besar yang melanda orang India selepas PRU 13.

Pertama isu 'kantin dalam tandas' dan isu kedua ialah serangan polis terhadap kongsi gelap India dari kumpulan 04.

Dalam isu pertama di SK Pristina Sungai Buloh, tidak nampak peranan W. Moorthy tetapi apabila kes ambush dan bunuh terhadap Kongsi Gelap 04, tiba-tiba suara W.Moorthy muncul dan seolah-olah tak puas hati dengan tindakan PDRM. Beliau juga mendesak diadakan inkues. 

Baca artikel penuh di TAIPING MALI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.