`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 13, 2013

WARKAH CINTA DARI PEMBAYAR GAJI OSMAN JAMAL


Kepada Tuan Editor Sabahkini.net, surat ini saya tujukan khas untuk Encik Osman Jamal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah. Sila ambil perhatian surat ini khas dari Warganegara Malaysia juga merupakan Pembayar Cukai yang membayar gaji anda sebagai Penjawat Awam!






PALADIUS BIN N NAJIR
SMK BINGKOR
PETI SURAT 115
89007 KENINGAU

(HP no : 013 541 3006) 09 Ogos 2013



PERMOHONAN PINDAH HAK MILIK TANAH


Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Untuk makluman tuan, pada 27 Julai 2011 kami telah membuat permohonan pindah hak milik tanah di antara adik beradik di Jabatan Tanah Dan Ukur Keningau. Kami telah berurusan dengan kerani yang bernama Pn. Yohana, beliau mengesahkan permohonan tersebut mengambil masa 3 bulan diproses sebab ia akan di hantar ke HQ Kota Kinabalu.

03. Selepas 3 bulan yang dijanjikan, kami telah beberapa kali datang ke jabatan tanah dan ukur keningau untuk bertanya status permohonan tersebut, walau bagaimanapun alasan yang selalu diberikan oleh Pn. Yohana adalah permohonan tersebut telah dimajukan ke Kota Kinabalu dan menungu untuk ditandatangan. Kami telah menunggu selama 2 tahun sehinggalah pada 2 Ogos 2013, kakak saya sendiri pergi ke jabatan tanah dan ukur Keningau dan Pn. Yohana mengembalikan geran tanah & borang permohonan kami dan menyuruh kami berurusan terus ke jabatan tanah dan ukur kota kinabalu.

04. Apa yang membuat kami sangat kesal, borang permohonan dan geran tanah kami berada dalam simpanan jabatan tanah dan ukur keningau tanpa sebarang tindakan dan tidak pernah sampai ke kota kinabalu seperti yang diberitahu oleh Pn. Yohana.

05. Kami cuma inginkan penjelasan sebenar dan alasan dari pihak yang berkenaan atas kelalaian/ kecuaian kakitangan tuan dalam melaksanakan tugas ini. Untuk makluman tuan, aduan ini juga telah dimajukan ke biro pengaduan jabatan negeri sabah dan hotline untuk tujuan aduan awam. Sekian harap maklum.

/disertakan salinan permohonan sebagai bukti aduan.



Sekian, terima kasih,


Yang Benar,



PALADIUS BIN N NAJIR
(690906-12-5055)



salinan email kepada : Pihak Editorial Sabahkini.net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.