`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 1, 2013

FILEM TAK LAKU TANDA PUTERA AKAN DITAYANGKAN SECARA PERCUMA ESOK DI SG LIMAU.



Filem kontroversi yang gagal mencapai status pecah panggung, Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma kepada penduduk Sungai Limau esok dalam usaha Barisan Nasional (BN) merampas kubu kuat PAS itu.

Filem tersebut dijangka ditayang pada jam 8.45 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, yang jaraknya kira-kira 4.7km dari Sungai Limau.

Program tersebut adalah sebahagian daripada jadual yang dimasukkan sempena lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan tiga harinya ke Sungai Limau.

Selain program tayangan filem tersebut, aktiviti lain yang berjalan sepanjang lawatannya adalah melawat penduduk setempat dan menghadiri majlis kenduri bersama penduduk kampung.

Malah, terdapat juga sessi bersama artis veteran seperti Hattan dan Datuk M Daud Kilau.

Jelajah kempen Ahmad Shabery bersama jentera BN dalam pilihan raya kecil tersebut akan bermula esok dan berakhir pada Ahad.

Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis kehadiran Ahmad Shabery ke program tersebut bersama orang ramai tidak dapat disahkan lagi.

Tanda Putera adalah filem biografi sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkisarkan mengenai perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman bersama-sama menyelesaikan rusuhan kaum pada 1969.

Filem kontroversi yang menelan belanja RM4.8 juta hasil daripada geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Perbadanan Pembangunan Multimedia itu gagal mencapai status pecah panggung, malah dipindahkan ke panggung lebih kecil.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang kecewa dengan filem tersebut kerana memaparkan sekumpulan belia Cina kencing di tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang membayangkan dia adalah orangnya.

FILEM TAK LAKU HANYA UNTUK PARTI TAK LAKU SAJA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.