`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, November 4, 2013

Datuk Seri tampar pegawai keselamatan dilapor polis


Seorang pengawal keselamatan, Bekas anggota polis Nepal, Prakash Adhikari, 35, ditampar lelaki yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Seri’ setelah diminta mengalihkan kereta yang diletakkan di tempat yang tidak mengikut peraturan di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Klang.
Datuk Seri dan sekumpulan lelaki menaiki kereta Mercedes Benz hitam yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di hadapan Centro Mall di sini pada kira-kira pukul 5 petang Rabu.
Nombor pendaftaran kenderaan Datuk Seri tidak didaftarkan untuk kemudahan mana-mana tempat letak kereta di kawasan berkenaan tetapi lelaki berkenaan meletakkannya di kawasan berkenaan dengan tidak mengendahkan papan tanda tidak boleh meletakkan kenderaan dan kon trafik.
“Saya beritahu dia yang dia tidak boleh letak kereta di situ kerana saya tidak kenal nombor pendaftaran keretanya dan saya minta dia untuk pergi ke kawasan tempat letak kereta seperti yang digunakan oleh mereka yang lain.
“Dia kemudiannya berkata kepada saya, ‘Adakah awak tahu siapa saya? Saya ni Datuk Seri… awak Pati (Pendatang Asing Tanpa Izin) tak guna,” kata Prakash dipetik mStar Online.
Lelaki itu beredar untuk menjamu selera di pusat berkenaan.
“Saya tidak buat apa-apa yang salah, saya hanya cuba untuk melakukan kerja saya,” katanya.
Awaluddin Kassim, Penyelia Prakash berkata, lelaki yang dikatakan sebagai ‘Datuk Seri’ itu adalah Manimaran dari Pahang.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baru Klang. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong mengesahkan laporan itu dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.