Mahfuz : Rosmah tidak layak guna jet peribadi kerajaan [gambar fail] |
Pertikaian terbabit berdasarkan kelayakan Rosmah untuk menggunakan kemudahan kerajaan kerana beliau hanya isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, menyifatkan keputusan yang dibuat kabinet adalah lemah dan dilihat tidak wajar kerana seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada usaha memacu ekonomi negara.
“Berapa tambang isu jet bukan persoalannya tetapi kelayakan penggunaan terbabit.
Apakah Rosmah layak menggunakan jet itu dan atas dasar apa kabinet meluluskannya kerana Rosmah tidak layak menggunakan jet atau kemudahan besar kerajaan.
“Rosmah hanya boleh menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengiringi suaminya sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan beliau menyatakan kos penggunaan jet peribadi lebih murah berbanding penerbangan komersial.
Katanya, kerajaan memiliki tujuh pesawat yang diistilah sebagai pesawat eksekutif (VVIP) iaitu Falcon, Global Ekspress, Boeing Business Jet, Blackhawk, Fokker F28 dan dua unit pesawat Agusta.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata perbandingan harga harus dibuat dengan membabitkan tiket komersial bagi kelas ekonomi bukannya kelas pertama.
“Saya fikir perbandingan tiket kelas pertama dengan kelas ekonomi itu tidak sepatutnya dibuat.
Kerajaan juga harus menjelaskan rasional pembabitan isteri Perdana Menteri sama ada berpatutan dengan perbelanjaan yang dilakukan.
“Sebelum ini, timbul isu berlakunya pertukaran destinasi seperti yang didedahkan Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok yang adakalanya ke destinasi pelancongan. Sebenarnya isu pemborosan ini bukan baru,” katanya.
- selangorkini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahfuz: Obama pun tak hantar isteri jadi wakil
MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan yang meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru ini merupakan perbuatan memalukan.
Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Mahfuz berkata ia menunjukkan tindakan “Kabinet yang tidak bermaruah”.
Katanya, negara maju seperti Amerika Syarikat juga tidak akan membiarkan isteri presidennya mewakili suami melawat negara tertentu dengan jet eksekutif.
"Apabila presiden US Barack Obama tidak dapat hadir ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini.
Ada dia hantar isterinya?," soal Mahfuz.
- malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.