`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 2, 2013

Pengawal Keselamatan Samun Kedai Emas : Modus Operandi Terkini Penjenayah?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan yang kakitangannya terlibat secara dengan jenayah termasuk samun. Kejadian semalam apabila sebuah kedai emas di di pusat membeli belah KL Festival, Setapak disamun pengawal keselamatan yang menjaganya menambah lagi koleksi pengawal keselamatan yang ‘memakan tuannya'.

Sebelum ini seorang pengawal keselamatan menembak mati dan menyamun sebuah bank di USJ Sentral 2, Subang Jaya. Lelaki tersebut dipercayai memiliki Mykad palsu berjaya melarikan diri tanpa dikesan sehingga sekarang.
DPPM melihat kes ini amat serius dan perlu diambil tindakan segera. Syarikat terbabit perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut dan menjelaskan bagaimana kakitangannya boleh terlibat melakukan jenayah. Jika perlu, syarikat tersebut boleh ditamatkan perkhidmatan, digantung lesen, disaman, dan lain-lain tindakan tegas sebagai peringatan kepada mereka.
Tambahan pula, siasatan atau kajian menyeluruh perlu dibuat berkenaan modus operandi jenayah terancang seperti ini. Apakah penjenayah sudah memasuki fasa terbaharu dengan menukar strategi dan modus operandi mereka dalam melakukan sesuatu operasi jenayah? Mungkinkah penjenayah bergerak melalui platform rasmi serta mempunyai pakaian uniform seperti pengawal keselamatan untuk melakukan jenayah terancang? Mereka sanggup bersabar berulan-bulan atau bertahun lamanya dengan memasuki kursus latihan, mendapatkan lesen, membuat Mykad palsu, serta menjalankan tugas sama seperti pengawal keselamatan yang lain semata-mata merancang sesuatu jenayah yang begitu strategik?
DPPM berpendapat pasukan keselamatan seperti Polis, Rela, tentera dan lain-lain perlu dikerahkan untuk memantau pergerakan pengawal keselamatan di mana-mana premis penting. Selain menggunakan kamera litar tertutup, pemantauan perlu dibuat setiap masa sama ada secara sedar atau tidak bagi mengelakkan pengawal keselamatan melakukan jenayah di sesuatu lokasi dan tindakan pencegahan yang pantas terhadap kegiatan jenayah yang dilakukan.
Pengawal keselamatan dibekalkan senjata api untuk mengawal premis penting namun mereka juga boleh membahayakan nyawa orang lain sekiranya mereka melakukan sesuatu di luar batasan undang-undang. Tidak ada siapa mampu mencegah kegiatan mereka andai mereka nekad melakukan jenayah. Justeru, pasukan keselamatan yang bertugas memantau dan memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa boleh menjadi sebab penjenayah berfikir panjang sebelum melakukan jenayah. Mungin juga penjenayah terpaksa menukar strategi lain pula sekiranya pergerakan mereka sudah dapat dihidu oleh pasukan keselamatan negara.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.