`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 20, 2013

PERCATURAN POLITIK ALA COMANGO

Empire Strikes Back
ESP_Pics_ComangoBagi kebanyakkan orang Melayu dan juga Muslim, campurtangan daripada bukan Melayu dan juga yang dilabel sebagai Melayu liberal dalam perkara yang berkaitan dengan Islam adalah sangat merunsingkan.
Umum tahu bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan and tiada tolak ansur atau kompromi mengenai perkara ini. Begitu juga dengan Raja-Raja yang merupakan ketua agama di peringkat negeri juga persekutuan. Kedua-dua perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagi bukan Melayu dan golongan Melayu liberal ini, mereka secara terbuka mahu supaya Perlembagaan Persekutuan ini dipinda kerana bagi mereka perlembagaan ini sudah lapuk dan ketinggalan.
Bagi meminda perlembagaan yang sedia ada, mereka hanya memerlukan majoriti dua per tiga di Parlimen walau dalam sesetengah kes hanya sedikit majoriti sudah mencukupi. Tetapi dalam kes yang menyentuh isu berkaitan Islam, Bahasa Melayu dan juga hak-hak keistimewaan Melayu, mereka terlebih dahulu memerlukan kelulusan dari Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan dibuat.
Di sinilah semuanya menjadi masalah kepada mereka. Ini kerana, sebagai ketua agama Islam, Majlis Raja-Raja tidak akan pernah berkompromi mengenai perkara yang membabitkan akidah dan Islam. Ia harus kekal sebagai status quo.
Walau Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara sekalipun, mereka tidak akan dapat merubah apa-apa klausa dalam Perlembagaan terutama sekali yang berkaitan dengan Islam.
Kerana itulah mereka kini menjalankan strategi baru bagi mencabar Islam.
Mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai hak orang Kristian bagi menggunakan nama Allah. Membawa isu hak asasi manusia di Malaysia (atau lebih kepada kekurangannya) bagi meraih perhatian dunia dengan melahirkan COMANGO.
COMANGO adalah gabungan 54 NGO Malaysia yang kebanyakkannya terdiri dari NGO bukan Islam dan mereka mahu masyarakat antarabangsa mengisytiharkan Malaysia sebuah rejim pariah kerana tidak membenarkan orang Islam untuk meninggalkan Islam dan untuk tidak membenarkan orang Islam untuk mengamalkan gaya hidup gay / transeksual.
Antara yang ada di dalam senarai tuntutannya, COMANGO menggesa kerajaan mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya LGBT dan juga International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang memberikan kebebasan beragama serta kebebasan untuk menukar agama yang dianuti.
Sedar atau tidak, kedua-dua perkara tersebut adalah isu yang paling sensitif bukan hanya bagi umat Islam, malah bagi penganut Yahudi dan Kristian. Al-Kitab sendiri jelas menyatakan bahawa sesiapa yang sesat atau murtad MESTI dijatuhkan hukuman mati. Ini bukan lagi isu yang hanya menyentuh perihal umat Islam. Apa yang mungkin gagal diambil kira oleh COMANGO adalah implikasi sosial yang mampu memangkin keruntuhan moral serta implikasi lain yang hanya akan menyumbang kepada kebejatan masyarakat di Malaysia.
COMANGO tahu bahawa ini adalah sesuatu yang tidak akan mendatangkan kejayaan bagi mereka, begitu juga dengan mencabar kerajaan berkenaan isu hak orang Kristian dalam penggunaan perkataan Allah.
Namun matlamat mereka memang bukan untuk memperoleh apa-apa kejayaan dari dua isu tersebut. Matlamat mereka yang sebenarnya hanyalah untuk memalukan kerajaan yang mereka lihat sebagai kerajaan Melayu Umno.
Jadi semua ini sebenarnya bukanlah tentang isu agama, tetapi tidak lebih daripada satu lagi strategi politik yang menggunakan isu agama sebagai topeng untuk membangkitkan rasa benci di kalangan rakyat terhadap kerajaan Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.