`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 28, 2013

Piket besar-besaran jika "Anjing Kurap" tak minta maaf


Semalam satu sidang akhbar telah diadakan di Tingkat 4 Komtar Pulau Pinang berhubung kenyataan biadap Jeff Ooi menggelar kakitangan mppp sebagai kucing kurap.

Ia melibatkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (ANUELA), Kesatuan Perkhidmatan Perbandaran, Kesatuan Buruh Majlis, Kesatuan Pegawai Kanan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sidang akhbar ini menampakkan sokongan kuat pemimpin-pemimpin kesatuan kerja. Dilihat hadhir adalah:
1) Ravindren, Pengerusi MTUC Pulau Pinang merangkap Pengerusi Persatuan Buruh Majlis dan Persatuan Pegawai Kanan MPPP.
2) Salleh bin Sulaiman, Pengerusi ANULAE
3) Raman a/l Vellu, AJK ANULAE.
4) Aminah binti Abdullah, Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang.
5) Che Lizan, Kakitangan MPPP.

Hampir 150 kakitangan MPPP  dan wartawan tempatan telah hadir dan sepanjang sidang akhbar, kedengaran kakitangan MPPP telah meneriak memanggil Jeff Ooi Anjing Kurap. Perkara ini cuba di spin oleh Malaysiakini bagai menyokong Jeff OOi.

Dalam sidang akhbar tersebut, Salleh Sulaiman menyatakan pada 16 Nov 2013 seramai 8 orang kakitangan MPPP yang bertugas di Pasar Am Jelutong untuk membantu Jeff Ooi menangani masalah Pasar Am Jelutong telah dihina dengan perkataan kucing kurap.

Sulaiman telah menyatakan  Jeff Ooi  tidak perlu menjadi hero dengan menunjukkan ketidak profesionalisme dan ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang tidak bersalah. Tindakannya itu juga dilihat sebagai tidak beradab serta tidak menjaga maruah kakitangan MPPP.


Dia menuntut Jeff Ooi  menarik balik perkataan kucing kurap serta merta mulai hari ini. Jika tidak pihak Kesatuan akan menghantar surat bantahan secara rasmi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jika tiada sebarang tindakan daripada Ketua Menteri, pihak Kesatuan akan mengadakan piket besar besaran di hadapan KOMTAR. Piket itu akan disertai oleh ahli CUEPAC, MTUC, ANULEA, dan MPPP.

Sebelum ini, pihak ANUELA ADA menuntut Jeff Ooi  memohon maaf dalam tempoh 10 hari dari tarikh kejadian namun tiada sebarang tindakan memohon maaf atau menarik balik dilakukan oleh jeff ooi.

Turut menuntut maaf adalah President Kongres melayu Pulau Pinang, rahmad Ishak yang juga merupakan bekas ahli DAP. Dia memberi masa 48 jam dan esok tengahhari adalah tarikh tamat.

Dia memberi jaminan pengundi jelutong tak akan undinya di pilihanraya akan datang. Baca di NST SINI.

Semasa sidang akhbar, satu kain rentang berukuran 4×6 yang ditulis dengan perkataan 'Kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang membantah sikap rakus, biadap dan kurang ajar Jeff Ooi' telah dipamerkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.