Friday, November 22, 2013
RAKAMAN GAMBAR MAT SABU DAN PEGUAMNYA DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR KETIKA MUKTAMAR PAS KE 54 SEDANG BERLANGSUNG.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Hanipa Maidin tidak dapat menghadiri muktamar parti itu hari ini kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah petang ini sekiranya mahkamah tidak membenarkan penangguhan.
Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.
Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa oleh Timbalan Pengerusi SPR mengandungi unsur fitnah terhadap dirinya.
Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah pagi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.