`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 22, 2013

Siti Zailah & Dr Siti Mariah dipilih semula Muslimat PAS Pusat

BeritaSHAH ALAM: Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi lalu dipilih semula untuk menerajui kepimpinan dewan itu bagi sesi 2013-2015.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) mendapat 468 undi; timbalan, Dr Siti Mariah Mahmod mendapat 429 undi dan naib, Mumtaz Md Nawi mendapat 457 undi.

12 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih iaitu Dr Halimah Ali 476 undi; Aiman Athirah Al-Jundi (457), Khairiah Mohamad (454), Normala Sudirman (446), Dr Asiah Ali (449), Aida Yusof Rawa (409), Wan Ubaidah Wan Omar (393), Mastura Mohamad (392), Datuk Asiah Ghazali (372), Ustazah Azizah Khatib Mat (360), Wan Hasrina Wan Hassan (331) dan Kartini Ahmad (306).

Pengerusi Tetap, Norhasimah Deraman mendapat 387 undi manakala Timbalan Pengerusi Tetap Norazlin Samsudin.

Pemeriksa kira-kira ialah Basmatul Uyun dan Siti Norfatiya Daud.

Seramai 681 orang perwakilan layak mengundi tetapi hanya 665 orang sahaja yang mengundi.

Bagi jawatan Ketua DMPP lapan undi rosak, timbalan (tujuh) dan naib (tujuh), manakala 49 undi rosak untuk jawatan AJK DMPP.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi telah mengumumkan keputusan itu

Saidah Hairan
HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.