Media Indonesia Dedah Indonesian DiLatih Jadi Askar Di Msia
Media dari Indonesia mendedahkan bahawa ;
1. Malaysia telah menrekruit orang Indonesia menjadi askar wataniah di negara ini untuk menjaga sempadan negara.
2. Askar2 wataniah dari Indonesia ini memiliki 2 kewarganegaraan.
3. Mereka juga mempersoalkan bagaimana akhirnya nanti jika timbul konflik dan peperangan antara dua buah negara, adakah askar wataniah ini akan berpihak kepada Malaysia ataupun Indonesia?
4. Mereka juga turut mendedahkan bahawa perkara ini sudah berlaku lama.. bukan la perkara baru.
6. Namun pihak berkuasa Indonesia menafikan bahawa orang Indonesia ada yang dilantik menjadi askar wataniah.
7. Akan tetapi pihak mereka akan menyiasat perkara ini untuk memastikan samada laporan ini benar ataupun palsu.
8. Sementara itu beberapa kelompok di Indonesia marah dengan tindakan pihak kerajaan Malaysia yang merekruit warga Indonesia untuk menjadi askar wataniah di negara Malaysia.
9. Mereka menganggap bahawa perkara ini sebagai Malaysia mencuri warganegara Indonesia untuk diperguna2kan..
10. Mereka juga mempercayai ada motif disebaliknya kenapa kerajaan Malaysia berbuat demikian.
11. Mereka juga akan melakukan protes keras [besar-besaran] jika perkara ini dapat dibuktikan..
------------------------------
Kita minta pihak kerajaan Najib Razak , Zahid Hamidi , Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), TV3MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.