`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 10, 2013

EDISI PEMIMPIN MELAYU UMNO AMAT MUDAH LUPA ... DULU CAKAP SYIAH AMAL BOLEH SEBAR DIHARAMKAN .. KINI MAT SABU AMAL DAN SEBAR PUN TIDAK TAPI JAKIM NAK SIASAT!!!!

.


Pada 9hb Mac 2011 lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata "Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya"

Beliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat ketika itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?".

"Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.

Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi.

Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik.

Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik.

Ajaran Syiah telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya berhubung kenyataan Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

PAS sebelum ini telah beberapa kali menafikan tuduhan ini dengan penegasan bahawa tiada ahli PAS berfahaman Syiah.

Malah PAS mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membawa bukti ada dikalangan ahlinya mengamalkan ajaran Syiah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.