`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 10, 2013

Kritikan Kadir Jasin bukti pertembungan puak dalam Umno

KUALA LUMPUR 10 DIS: Kritikan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan bibit perpecahan dalam Umno.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata kritikan bekas wartawan berpengalaman itu mewakili suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
“Sebagai orang yang rapat dengan Mahathir, kita percaya ia mungkin kritikan yang mewakili Mahathir sendiri. Akibat kritikan ini, akan ada dua puak yang tidak sependapat dalam Umno,” katanya.
Kadir Jasin pada 8 Disember lalu secara sinis mencadangkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri.
“Langkah itu bagi menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap daripada menteri sedia ada, sindir Kadir dalam tulisannya melalui blognya.

Abdullah Sani berkata, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menguatkan lagi pertembungan puak terbabit.
Katanya, pertembungan Najib dengan Mahathir lebih buruk berbanding pertembungan Mahathir dan bekas Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Pak Lah tidak melayan kritikan Mahathir terhadapnya. Ini berbeza dengan Najib dan penyokongnya yang dilihat aktif mencari alasan dan membela diri apabila dikritik,” katanya Keadilan Daily.
Beliau menyifatkan PAU sebagai ‘Perhimpunan Agung Najib’ digunakan untuk membersihkan nama Perdana Menteri itu dan sikap isterinya yang boros menggunakan wang rakyat.
“Tiada langsung agenda penting seperti pendidikan dan kebajikan rakyat,” katanya, menambah pertembungan pemimpin dalam Umno menyaksikan nasib ahli parti ibarat ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.