`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, May 14, 2014

Pengarah Imigresen NS nafi pegawainya diumpan wanita

Semakan oleh Jabatan Imigeresen Negeri Sembilan dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) mendapati kesemua penyewa premis di Nilai 3 adalah rakyat Malaysia
Faizal FazriSEREMBAN: Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar, berkata tiada sebarang cubaan mengumpan menggunakan wanita diterima oleh Jabatan Imigresen seperti didakwa sebuah NGO baru baru ini.
Menurutnya, semakan oleh Jabatan Imigeresen Negeri Sembilan dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) mendapati kesemua penyewa premis di Nilai 3 adalah rakyat Malaysia.
Terdapat  285 syarikat berdaftar dengan MPN.
“Pada 2012, sebanyak 83 orang telah ditahan, 42 daripadanya telah dibebaskan, 32 warga asing telah didakwa manakala sembilan warga asing telah diusir.
“Pada tahun 2013 pula, seramai 229 orang telah ditahan oleh Jabatan Imigeresen Negeri Sembilan di Nilai 3.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara; seramai 156 orang telah dibebaskan kerana tidak dapat disabit dengan kesalahan imigresen, sembilan didakwa, dua dibatalkan pas dan 62 orang diusir.
“Saya harap rakyat tidak keliru. Rakyat Bumiputera Malaysia sudah maju, senang, memiliki perniagaan kilang dan premis perniagaan.
`Peniaga berjaya’
“Kebanyakan Bumiputera kini adalah peniaga berjaya, hasil usaha kerajaan membangunkan ekonomi Bumiputera,” katanya.
Faizal Fazri turut mengulas bahawa semakan Jabatan Imigresen dengan MPN, di dapati 285 syarikat peniaga tempatan dan peniaga bumiputera berdaftar dengan MPN. Kebanyakan mereka cenderung untuk menggaji pekerja asing.
“Majikan tiada di premis, maka Nilai 3 kelihatan dipenuhi warga asing.
“Saya juga ingin menafikan dakwaan bahawa wujud pegawai Jabatan Imigresen diumpan wanita agar Nilai 3 tidak diserbu.
“Saya juga mengalu-alukan orang ramai memberi maklumat salah laku pada Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh.
“Jabatan Imigresen Negeri Sembilan juga berharap NGO yang membuat dakwaan pegawai Imigresen telah diumpan dengan wanita agar dapat mengemukakan bukti dan fakta segera kerana dikhuatiri pejabat NGO berkenaan diceroboh dan menyebabkan bukti dakwaan boleh hilang, seperti dalam kejadian kehilangan bukti dakwaan penyelewengan pemberian permit bazar Ramadan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga asing pada tahun 2012 yang lepas,” kata Faizal Fazri.
Faizal Fazri turut memaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan juga telah mengambil maklum akan penganjuran Bazaar Karnival Rakyat 1Malaysia, yang bermula pada 13 Jun sehingga 31 Julai 2014, di sepanjang Jalan  Nilai 3/2 oleh TIASS Management and Trading.
Karnival Rakyat 1Malaysia
Demi memastikan kesinambungan dan perlindungan ke atas perniagaan bumiputera, Karnival Rakyat 1Malaysia akan dipantau secara harian dan mana-mana peniaga yang didapati menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah akan didakwa.
Pekerja asing yang menyalahguna pas juga akan ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.
Sebelum ini Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa ada pegawai imigresen bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di pusat borong Nilai 3; dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah.
Mohd Ridzuan mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung Pegawai Imigresen bersekongkol dengan Pati di Nilai 3 dan turut mendakwa mempunyai bukti termasuk laporan polis oleh pengadu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.