`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, May 14, 2014

Sayap Umno Terengganu sokong Razif

Pemuda, Wanita dan Puteri akur dengan perlantikan mentei besar baru itu.
umno logoKUALA TERENGGANU: Tiga sayap Umno Terengganu menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Menteri Besar yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu Datuk Fatimah Hamat berkata Wanita sentiasa akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan asalkan ia memberi penambahbaikan kepada parti.
“Wanita Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan Ahmad Razif dalam masa terdekat bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau dan ia adalah rutin biasa setiap kali berlaku pertukaran Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ditanya mengenai usaha sayap parti itu yang mempunyai 89,030 anggota seluruh negeri dalam menangani kemelut politik di Terengganu ketika ini, Fatimah berkata pihaknya sudah turun padang dan memberi penerangan.
“Kita sudah memberi penerangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp dan berjumpa dengan anggota parti di peringkat akar umbi dan Alhamdulillah, mereka boleh menerimanya,” katanya yang telah berkhidmat sebagai ketua sayap itu dengan dua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said.
Pemuda juga akur
Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar berkata sayap itu akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Umno dan pelantikan ini menjadikan Umno lebih kuat dan stabil.
“Bagi Pemuda, kami menerima sepenuhnya keputusan ini dan berharap rakyat dapat menerimanya dengan hati terbuka.
“Pelantikan ini menjadikan politik di Terengganu bertambah matang, walaupun ada sedikit kekalutan pada awalnya dan ini merupakan suntikan baharu bagi Pemuda,” katanya.
Johari berkata Pemuda Umno Terengganu dengan 58,959 anggota sentiasa bersiap sedia untuk menerima apa jua arahan untuk gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Terengganu Rozita Ismail pula berkata sayap parti itu berharap Menteri Besar yang baharu dapat memperkenalkan pelbagai dasar dan program baharu untuk terus menarik keanggotaan sayap itu yang kini mencecah hampir 40,000 orang di seluruh negeri itu.
“Insya-Allah, kami memberi sokongan padu kepada beliau (Ahmad Razif) agar memastikan keutuhan parti dalam memastikan kebajikan rakyat tetap diutamakan,” katanya.
-Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.