SEBELUM Pilihanraya ke 13 yang lalu BN (sebut Barang Naik) telah menawarkan manifesto yang diperkuatkan dengan sebutan Akujanji BN untuk membina sejuta rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 5 tahun.
Berikut laporan berita berhubung Akujanji tersebut yang dilaporkan dalam portal Sinar Harian.
Setahun ada 365 hari, 5 tahun ada 1825 hari (5 X 365 hari). Ini bermakna secara purata atau secara kasarnya BN perlu membina sebanyak 548 buah rumah sehari (1,000,000 buah rumah ÷ 1825 hari) jika ia benar-benar mahu melaksanakan janji yang ditawarkan.
Pilihanraya Umum ke 13 berlangsung pada 5 Mei 2013. Hari ini, 16 Ogos 2014. Bermakna sudah lebih setahun Akujanji BN untuk membina sejuta rumah mampu milik ditabur.
Anggaplah secara kasar setahun sudah berlalu, sekurang-kurangnya BN sudah membina 200, 020 buah rumah (365 hari X 548 buah rumah/hari).
Persoalannya sudah berapa biji rumah mampu milik dibina oleh kerajaan minoriti 47% Barang Naik?
Jangan mimpilah anda nak merasa beli rumah mampu milik, itu temberang depan mata, temberang depan batang hidung.
Manifesto tak masuk akal.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/berapa-rumah-mampu-milik-bn-bina-untuk.html#ixzz3AXRKcuQp
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.